Skip to main content

Singapura

Polis cari tiga orang ini bantu siasatan kes curi

Polis sedang mencari seorang lelaki dan wanita dalam gambar di atas bagi membantu siasatan kes curi.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis cari tiga orang ini bantu siasatan kes curi

Lelaki dan wanita (kiri) dicari bagi kes curi di Yishun Ring Road sementara lelaki (kanan) terlibat dalam kes curi di Bedok. (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 29 Mar 2018 12:19PM Dikemas Kini : 28 Jun 2021 02:50PM

SINGAPURA: Polis sedang mencari seorang lelaki dan wanita dalam gambar di atas bagi membantu siasatan kes curi.

Demikian menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Kes curi itu dilaporkan di Blok 846 Yishun Ring Road pada 6 Februari 2018.

Dalam satu kes yang berasingan, pihak polis juga sedang mencari seorang lelaki bagi membantu kes curi di sebuah kedai di Block 212 Bedok North Street 1.

Sesiapa dengan maklumat berhubung kes ini diminta menghubungi talian polis di hotline 1800-255 0000 atau menyerahkan maklumat di laman www.police.gov.sg/iwitness.

Semua maklumat akan dirahsiakan.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita