Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis cari lelaki yang ancam letup kedai pajak gadai di stesen MRT Boon Lay

Polis mencari seorang lelaki yang mengancam akan meletupkan sebuah kedai pajak gadai di luar stesen MRT Boon Lay petang tadi (28 Jul) selepas gagal untuk merompak kedai berkenaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis cari lelaki yang ancam letup kedai pajak gadai di stesen MRT Boon Lay

Polis cari lelaki yang dipercayai ingin merompak sebuah kedai pajak gadai dan mengaku mempunyai bahan letupan. (Gambar: Pasukan Polis Singapura)

Diterbitkan : 28 Jul 2018 11:25PM Dikemas Kini : 29 Jul 2018 02:10AM

SINGAPURA: Polis mencari seorang lelaki yang mengancam akan meletupkan sebuah kedai pajak gadai di luar stesen MRT Boon Lay petang tadi (28 Jul) selepas gagal untuk merompak kedai berkenaan.

Lelaki itu memasuki kedai pajak gadai tersebut pada sekitar 4.30 petang, menurut polis.

Dengan sebilah pisau dan senjata api yang dipercayai replika, lelaki itu menuntut kakitangan kedai berkenaan menyerahkan wang tunai serta barang kemas.

Ketika kakitangan itu enggan berbuat demikian, lelaki itu mengancam membakar kedai itu, dan mendakwa mempunyai bahan letupan.

"Lelaki itu kemudian mencampak objek yang disebutkan di kaunter dan melarikan diri tanpa mengambil apa-apa. Objek berkenaan segera dilempar keluar dari kedai pajak gadai itu oleh kakitangan tersebut yang kemudian menelefon polis," menurut Pasukan Polis Singapura menerusi catatan Facebooknya.

"Polis mengesahkan bahawa objek tersebut hanya mengandungi komponen-komponen elektrik."

Tiada orang cedera dalam insiden itu.

Laluan keluar C stesen MRT berdekatan pusat beli-belah Jurong Point ditutup menyusuli kejadian tersebut. Polis menyatakan bahawa sebelum itu, ia menjalankan siasatan terhadap objek yang mencurigakan, yang didapati tidak membabitkan jenayah.

Dalam rayuannya, polis menyatakan bahawa suspek berkenaan setinggi sekitar 1.75 meter, dan terakhir dilihat memakai serban berwarna merah jambu, jaket biru dan seluar panjang berwarna coklat.

Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi polis di 1800-255-000 atau menyerahkan maklumat secara online melalui laman www.police.gov.sg/iwitness. Semua maklumat akan dirahsiakan.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan