Skip to main content

Singapura

Polis cari lelaki dan wanita ini untuk bantu siasatan

Anda pernah nampak atau kenal lelaki dan wanita di dalam gambar di atas ini?

Anggaran Waktu Membaca:
Polis cari lelaki dan wanita ini untuk bantu siasatan

Lelaki (kiri) dicari bagi bantu siasatan kes gangguan tailong dan wanita yang dicari bagi bantu siasatan dalam kes curi. (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 04 Dec 2018 06:15PM Dikemas Kini : 04 Dec 2018 06:21PM

BERITAmediacorp: Anda pernah nampak atau kenal lelaki dan wanita di dalam gambar di atas ini?

Polis sedang mencari lelaki itu bagi membantu siasatan kes gangguan tailong. Kejadian itu dilaporkan berlaku di Blk 621 Ang Mo Kio Avenue 9 pada 12 November 2018.

Dalam kes berasingan, polis merayu orang ramai untuk tampil memberikan maklumat tentang wanita di atas bagi membantu siasatan dalam kes curi di Blk 675 Yishun Avenue 4 pada 27 November 2018.

Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian Hotline Polis di 1800-255-0000 atau menyerahkannya online di http://www.police.gov.sg/iwitness.

Semua maklumat akan dirahsiakan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita