Skip to main content

Singapura

Polis berkas remaja lelaki dirakam cabul kucing di Bukit Panjang

Seorang remaja yang dirakam mencabul seekor kucing di koridor sebuah blok perumahan awam di Bukit Panjang telah diberkas oleh polis pada Selasa (11 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis berkas remaja lelaki dirakam cabul kucing di Bukit Panjang

(Gambar: Facebook/Sayang Our Singapore’s Community Cats)

SINGAPURA: Seorang remaja yang dirakam mencabul seekor kucing di koridor sebuah blok perumahan awam di Bukit Panjang telah diberkas oleh polis pada Selasa (11 Apr).

Dalam menjawab pertanyaan Mediacorp, polis menyatakan pihaknya menerima aduan berhubung satu kes disyaki perbuatan lucah di Senja Road sekitar pukul 12.10 tengah malam pada 11 April.

Seorang remaja lelaki diberkas berhubung kes berkenaan.

Pemilik kucing peliharaan berkenaan, Ismul Azim, yang sebelum ini memuat naik video berkenaan ke akaun Instagram beliau, berkata bahawa kejadian tersebut berlaku pada 8 April, kira-kira pukul 1.50 pagi.

Dalam rakaman video tersebut, seorang remaja lelaki kelihatan berlegar-legar di luar flat sebelum dia melorotkan seluarnya lalu mencabul kucing berkenaan.

Sedang kucing itu cuba berlalu pergi, remaja berkenaan mencekup kucing itu lalu mengulangi perbuatannya.

Encik Ismul berkata jirannya menghantar rakaman kamera litar tertutup berkenaan dan beliau membuat aduan polis.

Menurutnya lagi, kucing peliharaannya itu menunjukkan tanda-tanda trauma berikutan insiden tersebut.

Siasatan polis sedang dijalankan.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita