Skip to main content

Singapura

Polis berkas pengayuh basikal, pemandu lori dalam kemalangan Pasir Ris

Seorang pengayuh basikal, berusia 35 tahun, dan seorang pemandu lori, berusia 57 tahun, yang terbabit dalam satu kemalangan di Pasir Ris sudah diberkas, menurut polis hari ini (24 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis berkas pengayuh basikal, pemandu lori dalam kemalangan Pasir Ris

Seorang pengayuh basikal dan seorang pemandu lori yang terbabit dalam satu kemalangan di Pasir Ris sudah diberkas. (Gambar: Roads.sg/Facebook)

Diterbitkan : 24 Dec 2018 10:17PM Dikemas Kini : 24 Dec 2018 10:23PM

SINGAPURA: Seorang pengayuh basikal, berusia 35 tahun, dan seorang pemandu lori, berusia 57 tahun, yang terbabit dalam satu kemalangan di Pasir Ris sudah diberkas, menurut polis hari ini (24 Dis).

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan akibat kemalangan yang berlaku pada pagi Sabtu (22 Dis), tambah polis.

Polis juga menyatakan siasatan berhubung kemalangan yang berlaku di persimpangan antara Pasir Ris Rise dengan Pasir Ris Drive 3 sedang dijalankan.

Rakaman video kemalangan itu juga tersebar di media sosial.

Berdasarkan video berkenaan, salah seorang pengayuh basikal dilihat mengayuh basikalnya di lorong tengah di hadapan lori terbabit. Pemandu lori itu dilaporkan membunyikan hon terhadapnya.

Selepas berhenti dan melepasi persimpangan tersebut, pemandu lori itu dilihat terus memandu berhampiran si pengayuh basikal.

Pengayuh basikal itu kemudian dilihat membalingkan botol airnya ke cermin sisi lori berkenaan.

Sejurus selepas itu, lori tersebut dilihat tiba-tiba membelok ke arah kiri dan melanggar pengayuh basikal itu, menyebabkan lelaki berkenaan terjatuh ke kawasan rumput di tepi jalan raya.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita