Skip to main content

Singapura

Polis berkas pemain Bawah 21 Tahun Tanjong Pagar United kerana tumbuk pemain Albirex Niigata

Seorang pemain bola sepak pasukan Tanjong Pagar United yang dipercayai menumbuk pemain Albirex Niigata selepas perlawanan Bawah 21 Tahun Liga Perdana Singapura pada Isnin (10 Feb) telah diberkas.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis berkas pemain Bawah 21 Tahun Tanjong Pagar United kerana tumbuk pemain Albirex Niigata

Pemain Albirex berusia 20 tahun dibawa ke hospital dalam keadaan sedar selepas ditumbuk oleh seorang pemain Tanjong Pagar United.

Diterbitkan : 11 Feb 2025 06:02PM Dikemas Kini : 12 Feb 2025 12:14AM
SINGAPURA: Seorang pemain bola sepak pasukan Tanjong Pagar United yang dipercayai menumbuk pemain Albirex Niigata selepas perlawanan Bawah 21 Tahun Liga Perdana Singapura pada Isnin (10 Feb) telah diberkas.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan pada Selasa (11 Feb) bahawa ia menerima panggilan meminta bantuan di 21 Jurong East Street 31 pada sekitar pukul 9.40 malam.

"Seorang lelaki berusia 20 tahun telah dibawa ke hospital dalam keadaan sedar. Seorang lelaki berusia 19 tahun kemudian diberkas atas gangguan awam dan dia turut disiasat kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja," kata polis sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan.

Dalam video yang tersebar online, pemain Tanjong Pagar itu berlari dari tepi padang Stadium Jurong East untuk menumbuk muka pemain Albirex. Pemain Tanjong Pagar itu terpaksa ditahan oleh rakan-rakan sepasukannya sedang pemain Albirex itu terbaring di padang.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita