Skip to main content

Singapura

Polis berkas lelaki 61 tahun disyaki ragut rantai emas 2 wanita lanjut usia

Seorang lelaki berusia 61 tahun diberkas kerana disyaki terlibat dalam dua kes curi di Yishun dan Serangoon.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis berkas lelaki 61 tahun disyaki ragut rantai emas 2 wanita lanjut usia

Suspek sambar seutas rantai dan loket emas wanita lanjut usia di kolong Blok 325 Yishun Central. (Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 15 Dec 2018 07:48AM Dikemas Kini : 15 Dec 2018 07:54AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 61 tahun diberkas kerana disyaki terlibat dalam dua kes curi di Yishun dan Serangoon.

Demikian menurut Pasukan Polis Singapura pada Jumaat (14 Dis).

Lelaki tersebut didakwa mencuri barang kemas dari dua wanita lanjut usia dalam kes berasingan.

Seorang wanita berusia 72 tahun membuat aduan polis pada pagi 23 Nov selepas seorang lelaki menyambar seutas rantai dan loket emasnya di kolong Blok 325 Yishun Central.

Seorang lagi wanita, 86 tahun, membuat aduan polis pada Khamis (13 Dis) selepas rantai dan loketnya juga dicuri semasa berada di kolong Blok 139 Serangoon North Avenue 2.

Suspek diberkas oleh para pegawai dari Divisyen Polis Ang Mo Kio pada Khamis (13 Dis) menyusuli siasatan yang dijalankan. Polis turut merampas darinya wang tunai bernilai S$144, yang dipercayai berkaitan dengan kes di Serangoon.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara antara satu hingga tujuh tahun, dan mungkin disebat. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita