Skip to main content

Singapura

Polis berkas lelaki 22 tahun disyaki ceroboh akaun meconnect Mediacorp

Anggaran Waktu Membaca:
Polis berkas lelaki 22 tahun disyaki ceroboh akaun meconnect Mediacorp

Petikan skrin menunjukkan halaman utama mewatch.

Diterbitkan : 13 Mar 2023 02:12PM
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 22 tahun diberkas kerana disyaki terlibat dalam pencerobohan akaun-akaun meconnect Mediacorp, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan media pada Isnin (13 Mac).

Pihak polis menerima aduan tentang 14,000 akaun meconnect yang diakses oleh pihak luar tidak dikenali pada 22 Februari lalu.
Berikutan siasatan susulan, para pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah (CID) berjaya mengenal pasti identiti lelaki berkenaan dan dia ditangkap pada Khamis lalu (9 Mac).

SPF menyatakan lelaki itu sedang membantu siasatan berhubung kesalahan mengakses bahan komputer tanpa kebenaran di bawah Seksyen 3(1) Akta Penyalahgunaan Komputer 1993, yang memperuntukkan denda tidak melebihi S$5,000, hukuman penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Polis menekankan ia akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang kegiatan yang melibatkan penyalahgunaan akaun-akaun online. SPF menambah ia akan terus mengambil tindakan penguatkuasaan tegas terhadap sesiapa saja yang melanggar undang-undang.
 
Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita