Polis berkas guru yang dipercayai aniaya murid-murid prasekolah
Anggaran Waktu Membaca:

Prasekolah Kinderland@Woodlands Mart pada 29 Ogos 2023. (Gambar: CNA/Hani Amin)
SINGAPURA: Seorang wanita berusia 33 tahun diberkas kerana disyaki terlibat dalam kes menganiaya kanak-kanak, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Selasa (29 Ogos).
SPF menyatakan pihaknya menerima laporan pada Isnin, jam 1.04 tengah hari, tentang beberapa video tular yang menunjukkan seorang guru prasekolah dipercayai menganiaya kanak-kanak kecil.
Terdapat tiga video yang timbul di media sosial yang merakamkan perbuatan seorang guru bertindak kasar dengan murid-murid di premis yang dikatakan terletak di Kinderland Preschool @Woodlands Mart.
Guru terbabit sudahpun dipecat.
Polis pula menjalankan siasatan susulan dan akhirnya memberkas suspek.
Wanita itu akan didakwa di mahkamah esok (30 Ogos) atas kesalahan menganiaya seorang kanak-kanak atau orang muda.
Jika sabit kesalahan, dia berdepan hukuman penjara sehingga lapan tahun dan/atau didenda sehingga S$8,000.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.