Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis berkas 28 orang terlibat dalam perjudian haram, kegiatan maksiat di Geylang

Seramai 22 lelaki dan enam wanita diberkas semasa satu operasi berbilang agensi terhadap perjudian secara haram dan kegiatan maksiat di Geylang, menurut Pasukan Polis Singapura pada Jumaat (26 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis berkas 28 orang terlibat dalam perjudian haram, kegiatan maksiat di Geylang

(Gambar: SPF)

Diterbitkan : 26 Jun 2020 07:59PM Dikemas Kini : 26 Jun 2020 08:02PM

SINGAPURA: Seramai 22 lelaki dan enam wanita diberkas semasa satu operasi berbilang agensi terhadap perjudian secara haram dan kegiatan maksiat di Geylang, menurut Pasukan Polis Singapura pada Jumaat (26 Jun).

Para suspek itu, berusia antara 21 tahun dengan 68 tahun diberkas semasa operasi selama dua minggu, menurut polis dalam satu kenyataan media.

Diketuai oleh divisyen Polis Bedok, operasi itu melibatkan para pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Biro Narkotik Pusat (CNB), Penguasa Sains Kesihatan (HSA), Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) serta Kastam Singapura.

20 orang - terdiri daripada 18 lelaki dan dua wanita - diberkas kerana terlibat dalam kegiatan perjudian haram. Pihak polis merampas wang tunai dan barangan berkaitan perjudian bernilai lebih S$8,900 dalam operasi itu, menurut mereka.

Empat wanita juga diberkas kerana dipercayai mengiklankan khidmat seksual secara online. Mereka beroperasi dari apartmen sewa di Geylang, menurut polis.

Empat lagi lelaki diberkas kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan dadah dan kastam. Salah seorang daripada mereka juga sedang membantu HSA dengan siasatan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah Akta Produk Kesihatan.

Rokok tidak dibayar cukai dan ubat-ubatan haram bernilai lebih S$22,300 juga dirampas semasa operasi tersebut.

28 orang yang diberkas itu juga disiasat kerana melanggar langkah jarak selamat COVID-19.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan