Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis berkas 2 suspek lelaki terlibat dalam serangan di Boon Lay

Polis sudah memberkas dua lelaki, berusia 20 dan 21 tahun, atas pelibatan mereka dalam satu kes yang menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata berbahaya di Boon Lay.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis berkas 2 suspek lelaki terlibat dalam serangan di Boon Lay

Kereta ronda polis dilihat meronda kawasan serangan yang berlaku di Boon Lay pada 7 April 2022, sekitar jam 4.30 petang. (Gambar: Raj Nadarajan/TODAY)

Diterbitkan : 07 Apr 2022 09:00PM Dikemas Kini : 07 Apr 2022 09:00PM

SINGAPURA: Polis sudah memberkas dua lelaki, berusia 20 dan 21 tahun, atas pelibatan mereka dalam satu kes yang menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata berbahaya di Boon Lay.

Awal dari itu, polis hari ini (7 Apr) menyatakan, ia melancarkan satu operasi untuk memburu suspek-suspek selepas memberi respons kepada panggilan yang meminta bantuan di Blok 175 Boon Lay Drive. Dua lelaki mencederakan dua lelaki lain dengan menggunakan senjata pada pukul 5.02 petang Rabu (6 Apr).
 

Dalam satu kemas kini pada Khamis malam, polis menyatakan para pegawai daripada Divisyen Jurong dan Jabatan Siasatan Jenayah (CAD) dapat mengenal pasti para pelaku yang didakwa itu melalui soal siasat meluas di lapangan, dengan bantuan gambar-gambar daripada kamera polis serta kamera litar tertutup (CCTV).

Kedua-dua suspek itu diberkas pada Khamis, sekitar jam 4.05 petang di Woodlands Street 12.

Siasatan awal mendedahkan dua suspek itu dikenali oleh para mangsa, berusia 22 dan 23 tahun, yang dibawa ke hospital dalam keadaan sedar.

Mereka yang didapati bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah boleh dipenjara seumur hidup atau sehingga 15 tahun, didenda atau dikenakan sebatan rotan.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Sumber : Today/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa