Skip to main content

Singapura

Polis beri amaran tipu helah baru libatkan pihak menyamar kononnya pegawai M'sia

Pihak polis pada Rabu (2 Okt) mengeluarkan amaran mengenai penipuan baru melibatkan seorang penipu yang menyamar sebagai seorang pegawai Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis beri amaran tipu helah baru libatkan pihak menyamar kononnya pegawai M'sia

Gambar fail.

Diterbitkan : 02 Oct 2019 03:16PM Dikemas Kini : 02 Oct 2019 03:34PM

SINGAPURA: Pihak polis pada Rabu (2 Okt) mengeluarkan amaran mengenai penipuan baru melibatkan seorang penipu yang menyamar sebagai seorang pegawai Malaysia.

Dalam satu kes sedemikian, seorang lelaki menerima satu panggilan daripada seorang kononnya dari bank Malaysia, yang memberitahunya bahawa beliau telah membuat permohonan untuk kad kredit dan mengeluarkan wang tunai menggunakan kad itu.

Mangsa diberitahu kononnya pihak bank akan menyiasat perkara itu.

Beliau kemudian menerima satu lagi panggilan, kali ini dari seorang yang mendakwa dia seorang pegawai polis dari Malaysia.

"Pemanggil itu mendakwa bahawa mangsa telah membuat beberapa urus niaga kad kredit tanpa izin dan menghantar mangsa gambar satu laporan polis dari Malaysia yang kononnya dibuat oleh si mangsa," menurut polis dalam satu kenyataan media.

Beliau kemudian diminta memberikan nombor perbankan internet dan kata laluan sekali sahaja (OTP) bagi tujuan siasatan.

Mangsa kemudian mendapati urus niaga tanpa izin bernilai S$10,000 pada akaun banknya.

Pihak polis menasihati orang awam supaya jangan melayani panggilan-panggilan sedemikian dan tidak memberikan butiran peribadi mereka.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita