Polis beri amaran terhadap penipuan yuran sekolah; S$44,000 hangus sejak 14 Okt
Anggaran Waktu Membaca:
Petikan skrin emel penipuan yang dihantar kepada mangsa. (Gambar: SPF)
SINGAPURA: Polis mengeluarkan amaran mengenai penipuan melibatkan emel yang menyamar sebagai institusi pendidikan, selepas sekurang-kurangnya 15 kes dilaporkan sejak Selasa (14 Okt).
Jumlah kerugian dianggarkan sekurang-kurangnya S$44,000, menurut kenyataan polis pada Jumaat (17 Okt).
Para mangsa penipuan tersebut menerima emel yang meminta bayaran segera bagi yuran sekolah atau tuisyen yang tertunggak.
Emel tersebut dihantar daripada akaun milik rakan pelajar yang sudah digodam oleh penipu, atau daripada domain emel mirip akaun emel rasmi institusi pendidikan.
Untuk membuat bayaran, mangsa diminta supaya memindahkan wang ke akaun bank tertentu dan turut diberi amaran bahawa jika mereka gagal berbuat demikian dengan segera, mereka akan berdepan tindakan daripada jabatan guaman sekolah.
Para mangsa hanya menyedari bahawa mereka sudah ditipu selepas membuat pengesahan dengan pihak sekolah, atau selepas menerima makluman dan pemberitahuan bagi mencegah penipuan.
Kementerian Pendidikan (MOE) menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menerima emel yang meminta bayaran yuran melalui pemindahan segera bank, pautan pembayaran, atau kaedah di luar portal pelajar rasmi, menurut polis.
Sebelum membuat sebarang pembayaran, orang ramai dinasihatkan supaya menyemak dengan institusi berkaitan melalui saluran rasmi, terutamanya bagi permintaan bayaran yang tidak dijadualkan.
Polis juga mengingatkan orang ramai supaya jangan memindahkan wang kepada individu yang tidak dikenali.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.