Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis beri amaran tegas kepada remaja yang lambung papan tanda hingga terhentak budak di Keong Saik Road

Anggaran Waktu Membaca:
Polis beri amaran tegas kepada remaja yang lambung papan tanda hingga terhentak budak di Keong Saik Road

Petikan video yang tersebar di media sosial menunjukkan insiden di Keong Saik Road.

SINGAPURA: Remaja yang melambungkan papan tanda di Keong Saik Road sehingga terkena seorang budak, diberi amaran tegas selepas meluahkan rasa sesal atas kejadian tersebut. 

Satu rakaman video kejadian pada 8 November tahun lalu itu tular online. Dalam rakaman tersebut, seorang remaja dilihat melambungkan papan tanda bertulis "lantai basah", menyebabkannya menghentak seorang kanak-kanak, yang berdiri di situ. 

Menurut polis dalam satu kenyataan sebelum ini, empat remaja itu disiasat atas gangguan awam dan menyalah guna harta benda awam secara tidak jujur. 

Dalam satu kemas kini pada Rabu (26 Jan), polis menyatakan remaja itu "mahu bergurau  bersama kawannya" yang sedang memegang papan tanda itu. 

"Budak itu dengan senyap mendekati kawannya dari belakang dan menepis papan tanda itu daripada tangannya sebelum melarikan diri. Aksinya itu menyebabkan papan tanda itu melambung dan terkena seorang kanak-kanak yang sedang berdiri di situ." 

Kanak-kanak itu mengalami lebam-lebam akibat kejadian itu, kata polis. 

Tambahnya,  remaja berkenaan menyesali perbuatannya, sambil berkata dia tidak berniat dan tidak sedar kanak-kanak itu  terkena papan tanda tersebut. 

"Dia meminta maaf kerana menyebabkan kanak-kanak itu sedih dan cedera," tambah mereka lagi.

"Dia menulis nota meminta maaf kepada kanak-kanak itu dan ibunya termasuk menawarkan untuk membayar penuh kos perubatan kanak-kanak tersebut."

Satu amaran tegas juga diberikan kepada kawan remaja itu yang berusia 18 tahun, yang memegang papan tanda tersebut. 

"Dia mengambil papan tanda di Keong Saik Road itu," menurut polis. "Dia diberi amaran atas kesalahan menyalah guna harta benda awam."

"Dia sudah meminta maaf kepada ibu kanak-kanak itu di tempat kejadian."

Remaja kedua itu didapati tidak bertanggungjawab atas kesalahan mencederakan kanak-kanak itu, tambah polis. 

Kedua-dua remaja itu juga kata polis juga tidak mempunyai rekod sebelum ini dan memandangkan usia mereka yang muda, memutuskan untuk  memberi mereka amaran, dan bukan didakwa.

"Khususnya, bagi individu pertama, polis dan Pejabat Peguam Negara mengambil kira bahawa dia tidak berniat untuk  mencederakan kanak-kanak itu, dan kesal atas perbuatannya selepas itu, serta cuba meminta maaf dan memberikan tawaran untuk membayar kos perubatan," menurut polis lagi. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan