Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis beri amaran penipu menyamar sebagai wakil GIC di Telegram, tawar pelaburan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Polis memberi amaran kepada orang ramai tentang penipu yang menyamar sebagai wakil dana pelaburan pemerintah (GIC) untuk menawarkan pakej pelaburan lumayan di Telegram.

Menurut polis pada Khamis (28 Apr) mangsa akan menerima pelawaan di Telegram untuk menyertai sembang kumpulan yang dipanggil "Government of Singapore Investment Corporation".

"Penipu menggunakan logo GIC dan mendakwa diri mereka sebagai 'pelabur' yang telah berjaya mengeluarkan keuntungan yang diperolehi daripada pakej pelaburan mereka," kata polis dalam satu kenyataan media.

Mangsa yang berminat untuk melabur dalam pakej itu diarah untuk memberikan butiran peribadi dan nombor akaun bank mereka untuk mendaftar. Mereka kemudiannya akan diminta untuk memindahkan wang ke dalam akaun bank yang disediakan oleh penipu.

Polis berkata mangsa hanya akan sedar mereka telah ditipu apabila mereka tidak menerima pulangan yang diharapkan atau tidak dapat mengeluarkan pelaburan mereka.

"GIC tidak menyediakan khidmat pelaburan kepada orang ramai. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membalas, mengklik mana-mana pautan atau membuka sebarang lampiran daripada sesiapa atau mana-mana pertubuhan yang mendakwa mereka adalah dari GIC, atau ada kaitan dengan GIC," kata polis.

Nasihat terbaru polis itu dibuat di tengah-tengah siri kes yang melibatkan pelbagai jenis penipuan.

Pasukan Polis Singapura menasihatkan orang ramai supaya sentiasa sedar akan tanda-tanda penipuan, yang termasuk produk pelaburan dengan hasil tinggi yang menarik, permintaan untuk jadi rakan yang tidak dijangka online, permintaan mendesak bagi pemindahan dana, pembayaran beli-belah secara kredit atau kad hadiah dan permintaan bagi kata laluan sekali sahaja.

Polis juga menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan nasihat daripada anggota keluarga dan rakan mereka sebelum membuat sebarang urus niaga online, serta menjaga butiran peribadi dan kata laluan mereka.

Mereka yang mengesyaki telah ditipu boleh membuat laporan secara online atau di Pusat Polis Kejiranan atau Pos Polis Kejiranan terdekat.

Sumber : CNA/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan