Polis beri amaran laman palsu mendakwa bantu pelabur FTX untuk keluarkan dana kripto
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Pasukan Polis Singapura (SPF)
SINGAPURA: Polis pada Sabtu (19 Nov) memberi amaran mengenai maklumat palsu online berhubung mata wang kripto termasuk laman web palsu yang menyasarkan pelabur FTX, syarikat yang kini diisytihar muflis.
Syarikat itu memfailkan muflis pada 11 November dan pengasasnya, Sam Bankman-Fried, meletak jawatan sebagai ketua eksekutif.

BACA:
Ini menyebabkan kira-kira 1 juta pelanggan dan pelabur lain menghadapi kerugian berbilion dolar.
Antara pelabur utama FTX ialah firma pelaburan negara, Temasek, syarikat besar Jepun, SoftBank dan firma modal Sequoia yang kesemuanya sudah membuat pelaburan bernilai ratusan juta dolar.

Menurut polis, laman palsu itu kononnya dihoskan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) dan dapat membantu pelabur mendapatkan semula wang mereka dengan meminta pelanggan FTX untuk log masuk dengan butiran akaun mereka.
Ia kemudian mendakwa bahawa pelanggan "akan dapat mengeluarkan dana mereka selepas membayar yuran guaman".
"Laman itu berkemungkinan laman web pancingan data untuk mengumpul data log masuk," menurut polis.
RENCANA PALSU ONLINE MENGENAI MATA WANG KRIPTO
Polis juga memberi amaran mengenai rencana-rencana online palsu yang mempromosikan program auto-dagang mata wang kripto.
Rencana sedemikian memaparkan anggota parlimen seperti Menteri Kanan, Tharman Shanmugaratnam dan Speaker Parlimen, Tan Chuan-Jin, kata polis.
Rencana tersebut mendakwa bahawa kedua-dua anggota parlimen itu "menyokong program auto-dagang mata wang kripto" seperti Immediate Edge yang mendakwa bahawa program berkenaan akan menjana keuntungan yang besar".
Sokongan itu tidak benar, tambah SPF.

Mereka yang memberikan butiran peribadi di laman itu akan menerima panggilan daripada penipu di dalam skim tersebut. Penipu kemudian akan mendesak mangsa untuk melabur.
Orang ramai dinasihatkan untuk mengikuti langkah pencegahan jenayah seperti bertanya soalan untuk memahami peluang pelaburan dan mengesahkan butiran kelayakan syarikat dan wakilnya.
Pada Jun, polis memberi amaran terhadap rencana-rencana palsu online yang menunjukkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong seolah-olah menyokong program-program urus niaga mata wang kripto seperti BitIQ.

Maklumat lanjut mengenai penipuan boleh diperolehi di laman web Scam Alert atau talian hotline Anti-Penipuan di 1800-722-6688.
Mereka yang mempunyai maklumat mengenai penipuan boleh menghubungi talian hotline SPF di 1800-255-0000 ataupun menghantarkan maklumat secara online.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.