Skip to main content

Singapura

Polis beri amaran kes penipuan aplikasi Android baharu sasar pengguna TikTok, platform 'dating'

Anggaran Waktu Membaca:
Polis beri amaran kes penipuan aplikasi Android baharu sasar pengguna TikTok, platform 'dating'

Gambar: Pasukan Polis Singapura

SINGAPURA: Polis pada Khamis (17 Ogos) memberi amaran kepada orang awam mengenai satu kes penipuan baharu yang melibatkan aplikasi Android berniat jahat.

Mangsa kes penipuan tersebut menjadi sasaran melalui mesej daripada wanita yang kononnya berminat untuk berhubungan di platform TikTok dan aplikasi 'dating' seperti MiChat dan Tagged.

Demikian menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan media.

"Mangsa tersebut akan diminta untuk meneruskan perhubungan di WhatsApp. Penipu akan kemudian memperdaya mangsa dengan bertanya jika mereka ingin bersembang menerusi panggilan video dengan satu sama lain sambil berbogel atau bertemu dengan gadis pilihan mereka, atau mengakses video (atau) gambar bogel wanita tersebut," nyata SPF.
Related article image
Gambar: Pasukan Polis Singapura
Seperti kes penipuan lain yang serupa, si penipu akan memberikan mangsa pautan URL melalui WhatsApp bagi mereka memuat turun sebuah fail kit pakej Android (APK). Fail APK itu digunakan untuk menyertakan aplikasi yang dibuat untuk sistem pengendalian Android.

"Setelah memuat turun dan menyertakan fail APK tersebut, penipu itu akan dapat mengakses butiran perbankan mangsa sejurus mereka mendaftar masuk ke akaun perbankan internet mereka," nyata SPF.

"Seterusnya, mangsa pun mendapati transaksi yang tidak disahkan dilakukan dari akaun perbankan mereka."

Sejak Julai lalu, sekurang-kurangnya 19 mangsa telah kehilangan sejumlah S$13,000 secara keseluruhan dalam kes penipuan menggunakan taktik sedemikian.

Polis mengingatkan orang awam tentang bahaya memuat turun aplikasi daripada pihak ketiga atau laman yang mencurigakan.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita