Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis beri amaran kepada 2 wanita yang muat naik catatan berbaur perkauman ke Facebook

Dua wanita Singapura diberi amaran hari ini (6 Jul) kerana memuat naik posting berbaur perkauman ke laman Facebook.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis beri amaran kepada 2 wanita yang muat naik catatan berbaur perkauman ke Facebook

(Gambar hiasan: Tim Wimborne/ Reuters)

Diterbitkan : 06 Jul 2018 09:36PM Dikemas Kini : 06 Jul 2018 09:38PM

SINGAPURA: Dua wanita Singapura diberi amaran hari ini (6 Jul) kerana memuat naik posting berbaur perkauman ke laman Facebook. Mereka mendakwa seorang anggota dari satu bangsa memandang rendah seorang lagi yang berlainan kaum.

Wanita-wanita itu, yang kedua-duanya berusia 28 tahun, disiasat kerana memuat naik catatan Facebook yang bersifat prejudis dan "mampu menjejas keharmonian kaum di Singapura", menurut polis dalam kenyataannya.

Mereka memuat naik catatan tersebut ke laman Facebook menyusuli satu insiden yang berlaku pada Oktober 2017, di mana mereka ditemui sedang bersembahyang di tangga kecemasan sebuah pusat membeli-belah.

Menurut polis, seorang pegawai keselamatan yang melalui tempat itu, menunggu mereka selesai bersembahyang di ruang tangga kecemasan tersebut sebelum menjelaskan kepada mereka bahawa ruang tersebut tidak boleh berhalangan atas sebab-sebab keselematan.

Pegawai keselamatan itu menasihati mereka supaya bersembahyang di bilik solat berdekatan. Namun, mereka kembali ke tempat tangga yang sama pada keesokan harinya untuk bersembahyang.

"Ketika pegawai keselamatan sekali lagi menasihati mereka supaya bersembahyang di bilik solat, salah seorang daripadanya meminta untuk berjumpa dengan penyelia keselamatan, dan kemudian menuduh penyelia itu bersikap perkauman kerana tidak membenarkan mereka bersembahyang di tempat itu," menurut polis.

"Selepas kejadian itu, dua wanita berkenaan memuat naik posting ke laman Facebook yang mendakwa seseorang daripada satu kaum memandang rendah kaum lain."

Polis menambah: "Dakwaan mereka serius, tetapi tidak berasas. Tuduhan seperti itu mampu menjejas keharmonian kaum di sini. Menghalang tangga kecemasan juga satu tindakan yang serius."

Keputusan dibuat, selepas berunding dengan Pejabat Peguam Negara (AGC), untuk mengeluarkan amaran bersyarat 12 bulan atas kesalahan memuat naik posting berbaur perkauman secara online dan tindakan menceroboh.

"Polis memutuskan untuk tidak menghukum mereka dan hanya memberi amaran," menurut pihak berkuasa.

Kes ini akan dibuka semula jika kedua-dua wanita terbabit melakukan kesalahan dalam tempoh 12 bulan. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan