Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis bekukan sekitar 120 akaun bank tempatan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Feb 2022 10:55PM Dikemas Kini : 15 Feb 2022 11:00PM

SINGPURA: Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Desmond Tan memberikan perkembangan mengenai siasatan berhubung kes pancingan data yang menyasarkan para pelanggan bank OCBC, di Parlimen pada Selasa (15 Feb).

Menurut beliau, polis sudah membekukan sekitar 120 akaun bank tempatan setakat Ahad lalu (13 Feb). 

Wang bernilai sekitar $2 juta milik para mangsa juga ditemui. 

Lagi kira-kira $2.2 juta pula didapati disalurkan ke dalam hampir 90 akaun bank asing. 

Berdasarkan hasil siasatan awal yang dijalankan oleh SPF, sekurang-kurangnya 107 alamat IP tempatan dan 171 alamat IP luar negara dikaitkan dengan tindakan dapatkan akses tanpa kebenaran ke atas akaun-akaun perbankan internet para mangsa. 

Kebanyakan laman penipuan yang digunakan dalam kes penipuan pancingan data itu dihoskan oleh syarikat-syarikat penganjur web yang berpangkalan di luar negara.

SPF sudahpun melancarkan siasatan ke atas alamat-alamat IP tempatan yang dikaitkan dengan kes penipuan tersebut serta para pemilik akaun keldai wang tempatan.

Encik Tan menambah polis sedang bekerjasama dengan Interpol dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang di luar negara bagi menyiasat para penerima wang tersebut serta hos lelaman penipuan terbabit.

Sumber : CNA/KF/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan