Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis bekerjasama dengan Meta padam talian WhatsApp dipercayai digunakan untuk penipuan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Polis sedang bekerja rapat dengan syarikat media sosial Meta untuk memadamkan talian WhatsApp, yang dipercayai digunakan dalam penipuan, selain menurunkan kandungan iklan serta nama online yang mencurigakan.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, banyak kes penipuan perisian hasad Android melibatkan iklan di platform media sosial seperti Facebook dan Instagram, yang mempromosikan sesebuah produk dan perkhidmatan.

Menjawab pertanyaan Mediacorp pada Selasa (10 Okt), polis menyatakan penipu "semakin canggih dan kerpa mengubah taktik mereka agar dapat mengambil kesempatan ke atas mangsa".

"Mereka selalu cuba memperdaya pengguna dengan tawaran serta promosi yang menarik, menerusi iklan mengenai barangan makanan, perkhidmatan dan penjualan pakej pelancongan di platform media sosial seperti Facebook dan Instagram," kata polis.

Menurut polis sebanyak S$334.5 juta lesap dalam kes penipuan yang dilaporkan pada separuh pertama tahun ini. Meskipun ia kemerosotan sebanyak 2.2 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, jumlah jumlah kes penipuan meningkat sebanyak 64.5 peratus.

Lebih separuh daripada kes tersebut iaitu 55 peratus menyebabkan kerugian kurang daripada atau sama dengan $2,000, tambahnya.

Golongan dewasa muda berusia 20 hingga 39 tahun merupakan kumpulan yang paling berisiko ditipu, membentuk lebih separuh daripada jumlah keseluruhan mangsa. Kebanyakannya menjadi mangsa penipuan e-dagang, pekerjaan dan pancingan data.

Lima cara yang paling banyak digunakan penipu untuk mendekati mangsa adalah menerusi platform pesanan seperti WhatsApp dan Telegram, media sosial, panggilan telefon, platform beli-belah online dan kiriman teks SMS.

Lebih 750 kes melibatkan pengguna peranti Android menjadi mangsa penipuan hasad, dilaporkan pada separuh pertama tahun ini, dengan jumlah kerugian berjumlah sekurang-kurangnya S$10 juta.

Ini termasuk sekurang-kurangnya S$218,000 dalam simpanan CPF. Markas Antipenipuan bagaimanapun berjaya mendapatkan semula sebahagian wang CPF itu, menjadikan jumlah kerugian bersih sebanyak S$130,000.

Pada Selasa, polis menyatakan bahawa pihaknya telah mengambil "tindakan penguatkuasaan tepat pada masanya" dan akan bekerja rapat dengan bank untuk menjejaki dan mendapatkan semula dana. Ia juga menjalin kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang di luar negara untuk membanteras sindiket penipuan rentas sempadan.

"Polis memberkas lebih 130 individu yang terlibat dalam penipuan pancingan data perisian hasad di negara ini sejak Jun 2023," jelasnya. "Menerusi kerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia, Markas Antipenipuan berjaya menumpaskan dua sindiket pancingan data perisian hasad rentas sempadan, dengan sembilan anggota sindiket diberkas pada Julai dan Ogos 2023."

Mereka juga bekerjasama dengan Persatuan Bank di Singapura dan agensi-agensi pemerintah berkaitan untuk meningkatkan kesedaran pelanggan tentang penipuan perisian hasad dan mengingatkan mereka untuk memasang aplikasi dari stor aplikasi rasmi sahaja.

"Pusat Antipenipuan turut bekerja dengan bank untuk meningkatkan mekanisme mengesan dan menykat penipuan," kata polis.

Beberapa bank di Singapura termasuk DBS, UOB, OCBC dan CitiBank juga telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan antipenipuan di tengah-tengah kes penipuan yang meningkat.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan