Polis akan perketat peraturan rumah urut; konsep terbuka tidak lagi dikecualikan
Anggaran Waktu Membaca:
Premis urut yang diserbu polis antara 4 dengan 11 Ogos 2021. (Gambar fail: SPF)
SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) akan memperketatkan peraturan bagi perniagaan rumah urut pada hujung tahun ini, menurut kenyataan medianya pada Selasa (21 Apr).
Di bawah rangka kerja kawal selia baharu, rumah urut berkonsep terbuka tidak lagi akan dikecualikan daripada syarat-syarat yang tertakluk di bawah lesen yang dikeluarkan, menurut SPF dalam satu kenyataan media.
Langkah itu diambil selepas pihak polis melihat peningkatan pada jumlah aktiviti maksiat dan pelanggaran syarat pengecualian di rumah urut berkonsep terbuka. Selain itu, terdapat peningkatan pada jumlah aduan orang awam yang tidak selesa dengan jumlah rumah urut yang menimbulkan gangguan sosial di kawasan-kawasan kejiranan.
Sejak 2018, rumah urut berkonsep terbuka dikecualikan daripada lesen dan hanya perlu mematuhi syarat-syarat seperti mendaftar dengan polis serta memastikan tiada bilik, penghadang atau petak tertutup yang membolehkan khidmat urut dilakukan secara tertutup.
Di bawah peraturan baharu yang akan dikuatkuasakan pada separuh kedua 2026, pengecualian ini akan ditarik balik dan digantikan dengan kategori lesen baharu.
Pengendali akan tertakluk kepada syarat-syarat pelesenan yang lebih ketat, termasuk keperluan untuk mendapatkan kelulusan penggunaan tanah daripada Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) atau Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) sebelum premis boleh digunakan.
"Pengendali juga mesti mematuhi syarat-syarat lesen, termasuk larangan menyediakan bilik atau penghadang di dalam rumah urut," tambah SPF.
Menteri Pembangunan Negara Chee Hong Tat berkata HDB akan bekerjasama rapat dengan SPF untuk menangani rumah urut yang degil.
"Pengendali yang melanggar undang-undang tidak akan dibenarkan meneruskan aktiviti perniagaan mereka di kawasan kejiranan kita, tidak kira sama ada mereka beroperasi di kedai sewa HDB atau kedai yang sudah dijual," tambah Encik Chee.
"Kami akan membanteras kegiatan sedemikian dan tidak akan membiarkan aktiviti tidak diingini ini merebak di kawasan-kawasan perumahan lain dan menjejaskan persekitaran kehidupan penduduk."

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.