Polis akan ambil tindakan terhadap 25 kedai urut kerana gagal patuhi langkah COVID-19
Polis menyatakan pada Rabu (25 Mei) ia sedang mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap 25 kedai urut dan 23 individu berikutan pemeriksaan dipertingkat sepanjang dua minggu lalu. Pemeriksaan itu demi memastikan kakitangan dan pelanggan mematuhi langkah pengurusan selamat COVID-19.

Pegawai polis menjalankan pemeriksaan di kedai urut. (Gambar: SPF)
SINGAPURA: Polis menyatakan pada Rabu (25 Mei) ia sedang mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap 25 kedai urut dan 23 individu berikutan pemeriksaan dipertingkat sepanjang dua minggu lalu. Pemeriksaan itu demi memastikan kakitangan dan pelanggan mematuhi langkah pengurusan selamat COVID-19.
Pihak berkuasa menekankan dengan kelompok COVID-19 yang muncul baru-baru ini, kewaspadaan berterusan perlu dalam pengamalan langkah pengurusan selamat oleh kedai urut yang dibenarkan untuk beroperasi dalam Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat).
Sebanyak 850 kedai urut diperiksa dan sesetengah daripadanya didapati gagal untuk memastikan kakitangan serta pelanggan mereka memakai pelitup pada setiap masa. Pelanggan yang tidak memakai pelitup semasa sesi urut mereka juga dikenal pasti.
"Bergantung kepada keseriusan pelanggaran yang didapati, kedai-kedai urut ini boleh didenda antara S$1,000 dengan S$2,000 manakala individu boleh didenda antara S$300 dengan S$1,000," menurut polis dalam kenyataan media.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.