Skip to main content

Singapura

Poliklinik terbesar SG beri tumpuan kepada jagaan bersepadu, warga emas

Poliklinik terbesar di Singapura, Poliklinik Serangoon, dibuka secara rasmi pada Sabtu (29 Nov).
Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 29 Nov 2025 07:37PM Dikemas Kini : 12 Dec 2025 02:44PM
SINGAPURA: Poliklinik terbesar di Singapura, Poliklinik Serangoon, dibuka secara rasmi pada Sabtu (29 Nov).

Direka bagi menyediakan khidmat kepada golongan penduduk warga emas yang semakin bertambah, poliklinik tersebut memberi tumpuan kepada jagaan masyarakat bersepadu, pengurusan penyakit kronik, malah juga kesihatan mulut.

Tujuannya adalah memastikan warga emas kekal sihat buat jangka panjang.

"Kami mempunyai program yang meningkatkan penilaian jagaan dan intervensi bagi para pesakit yang mengalami kelemahan ringan hingga sederhana.

"Menerusi program ini, kami juga merangkumkan penilaian kesihatan mulut dengan prestasi kecergasan fizikal dan penilaian pemakanan, serta menggabungkannya dengan jagaan kami, dengan rakan-rakan kemasyarakatan kami untuk menyediakan jagaan antara generasi dan jagaan bersepadu," kata Ketua Poliklinik Serangoon, NHG Polyclinics, Dr Liu Changwei.

Model jagaan keluarga membolehkan anggota isi rumah, termasuk mereka yang tidak tinggal bersama, untuk dijaga oleh pasukan jagaan yang sama.

Pasukan itu terdiri daripada dua doktor keluarga, seorang pengurus jagaan dan penyelaras.

"Saya mahu memberi jaminan kepada semua orang: poliklinik ini akan menerima kunjungan tanpa janji temu.

"Bagi para pesakit yang datang ke sini setelah slot diambil, terutamanya golongan muda dan tua, mereka akan disaring dan dinilai dan jika terdapat keperluan mendesak, keperluan perubatan mereka akan dipenuhi dengan secepat mungkin," kata Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung.

Poliklinik itu juga memanfaatkan teknologi dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menguruskan vaksin dan menyaring imbasan X-ray dada.

Selain itu, terdapat juga sofwe yang berupaya meramalkan risiko seseorang pesakit kencing manis mengalami penyakit ginjal kronik.

Poliklinik Serangoon dijangka menyediakan khidmat kepada sehingga 1,400 pesakit setiap hari.
Sumber : CNA/AI/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita