Skip to main content

Singapura

Poliklinik Tampines North gabungkan pasukan kesihatan pelbagai disiplin

Anggaran Waktu Membaca:
Poliklinik Tampines North gabungkan pasukan kesihatan pelbagai disiplin

(Gambar: Facebook/SingHealth Polyclinics)

Diterbitkan : 29 Sep 2023 11:32PM
SINGAPURA: Poliklinik baharu untuk penduduk estet baharu di Tampines North dibentuk menggunakan model My Care Team.

Para pesakit akan menerima penjagaan dari pasukan pelbagai disiplin, yang akan bekerjasama dengan rapat.

Model itu bukan sahaja untuk penjagaan kesihatan, namun ia juga menawarkan keperluan penjagaan sosial dan pencegahan, yang bukan sahaja disediakan oleh doktor dan jururawat, namun ahli terapi dan pekerja sosial juga.

Pesakit boleh menghadiri sesi rundingan, pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan rawatan pencegahan kesihatan di satu lokasi.

Poliklinik Tampines North pada masa ini berkhidmat untuk sehingga 500 pesakit setiap hari, dan terdapat rancangan untuk meningkatkan jumlah itu kepada 700 orang sedang estet itu diperluaskan.

Poliklinik tersebut merupakan poliklinik ke-24 Singapura, dan terdapat rancangan untuk meningkatkannya kepada 32 poliklinik secara keseluruhan menjelang 2030.

"Anda boleh mempunyai pasukan pelbagai disiplin untuk bekerja sama, namun pada kebanyakan masa mereka berada di bahagian bangunan yang berbeza. Kami berharap untuk menempatkan pasukan ini bersama, dekat dengan lokasi supaya mereka dapat menghubungi antara satu sama lain dengan lebih cepat," kata Pengarah Klinik Poliklinik Tampines North Dr Sabrina Wee.

"Kesan poliklinik ini melangkaui premisnya. Ia akan bekerjasama dengan kumpulan masyarakat dan pihak berkepentingan untuk menggalakkan kehidupan lebih sihat di Tampines," kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung.

"Keadaan di tempat tinggal kita penting dalam pembentukan pilihan harian kita, dan poliklinik kita akan memainkan peranan untuk membantu penduduk kita mencapai kesihatan lebih baik. Ini adalah asas dan objektif SG Lebih Sihat," tambahnya.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita