Skip to main content

Singapura

Poliklinik Serangoon bakal dibuka bertentangan pusat beli-belah NEX pada 2025

Penduduk yang tinggal di sekitar pusat beli-belah NEX dan stesen MRT Serangoon akan berada dalam jarak dekat dengan poliklinik terbesar Singapura apabila ia dibuka pada 2025.

Anggaran Waktu Membaca:
Poliklinik Serangoon bakal dibuka bertentangan pusat beli-belah NEX pada 2025
Diterbitkan : 10 Dec 2019 08:10AM Dikemas Kini : 10 Dec 2019 08:12AM

SINGAPURA: Penduduk yang tinggal di sekitar pusat beli-belah NEX dan stesen MRT Serangoon akan berada dalam jarak dekat dengan poliklinik terbesar Singapura apabila ia dibuka pada 2025.

Ini diumumkan oleh Anggota Parlimen GRC Marine Parade, Encik Seah Kian Peng, dalam catatan Facebooknya pada Ahad (8 Dis).

Kementerian Kesihatan (MOH) sedang berusha untuk meningkatkan jumlah poliklinik dari 20 sekarang kepada sekitar 30 hingga 32 menjelang 2030.

Pembukaan poliklinik di Serangoon diumumkan sebelum ini oleh Menteri Negara Kanan Lam Pin Min semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) pada Mac lalu.

Pada Ahad, Encik Seah mendedahkan lokasi sebenar poliklinik Serangoon akan datang itu sambil mengatakan bahawa ia bakal menempatkan sebuah kemudahan bersepadu yang juga akan mempunyai hab penuaan aktif dan pusat dialisis buah pinggang.

Beliau menambah kemudahan itu akan dibangunkan di 587 Upper Serangoon Road iaitu di persimpangan antara Serangoon Central dengan Uper Serangoon Road dan terletak bertentangan pusat beli-belah NEX.

Khidmat yang disediakan di poliklinik Serangoon serupa dengan poliklinik-poliklinik lain, kata Encik Seah. Ini termasuk rawatan perubatan bagi kondisi akut, penilaian pembangunan kanak-kanak, program imunisasi kanak-kanak, pemeriksaan barah wanita, pendidikan kesihatan dan pencegahan penyakit. Ia juga akan menyediakan khidmat-khidmat khasiat makanan, psikologi dan diagnostik.

Warga Singapura juga boleh menjangkakan poliklinik-poliklinik baru dalam beberapa tahun akan datang di kawasan-kawasan seperti Bukit Panjang, Eunos, Kallang, Sembawang, Khatib, Tampines North dan Yew Tee.

Menjelang 2025, poliklinik-poliklinik baru di Tengah dan Kaki Bukit juga akan siap dibina, lapor MOH sebelum ini.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita