Poliklinik Sembawang dibuka secara rasmi; pertama seumpamanya dalam hab bersepadu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Poliklinik Sembawang dibuka secara rasmi selepas satu tahun tertangguh dek pandemik.
Ia adalah poliklinik pertama di bawah kelompok Kumpulan Jagaan Kesihatan Kebangsaan(NHG) yang bertempat dalam sebuah hab bersepadu.
Ini bermakna, para penduduk boleh memanfaat kemudahan lain seperti gimnasium di Bukit Canberra yang berdekatan.
Poliklinik itu juga akan menyediakan lebih banyak sokongan buat keluarga.
"Duta-duta jagaan dari poliklinik akan cuba memahami keperluan keluarga serta menawarkan intervensi yang sesuai seperti jagaan selepas bersalin bagi kaum ibu apabila mereka membawa anak mereka untuk janji temu program vaksinasi atau menyarankan program-program sesuai yang tersedia, hasil kolaborasi bersama rakan-rakan kongsi masyarakat kami," kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.
Ia adalah poliklinik kelapan kendalian NHG yang menawarkan khidmat kepada peduduk di bahagian tengah Singapura.
Ia menampilkan kemudahan seperti mesin timbang mesra kerusi roda.
Ini memudahkan pesakit yang mempunyai masalah pergerakan untuk mengukur berat dan ketinggian mereka.
Poliklinik tersebut turut berganding bahu dengan agensi-agensi di hab Bukit Canberra bagi menawarkan pelbagai program buat penduduk.
Ini termasuk kegiatan berjalan kaki beramai-ramai serta bengkel memasak hidangan sihat yang dianjurkan Lembaga Taman Negara (NParks).

Sumber : CNA/FZ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.