Skip to main content

Singapura

Poliklinik Sembawang dibuka Dis ini; Poliklinik Tampines North pula jelang Okt

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Jun 2023 08:04PM Dikemas Kini : 26 Jun 2023 08:10AM
SINGAPURA: Poliklinik Sembawang akan membuka pintunya menjelang Disember ini, setelah tertunda hampir setahun akibat pandemik.

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung memberikan kemas kini tersebut siang tadi (25 Jun) semasa melancarkan Hab Bersepadu Bukit Canberra di mana Poliklinik Sembawang akan ditempatkan nanti.

Turut diumumkan, Poliklinik Tampines North pula akan dibuka menjelang Oktober depan.

Hab tersebut bakal turut menempatkan poliklinik Sembawang serba baru yang bakal dibuka Disember nanti.

Buat masa ini, poliklinik terdekat terletak di Yishun, di mana masa menunggu untuk jumpa doktor antara yang paling lama di Singapura.

Untuk memenuhi permintaan yang bertambah, Kementerian Kesihatan (MOH) merancang untuk membina lagi lapan poliklinik baru menjelang 2030.

Encik Ong berkata: "Banyak poliklinik sentiasa penuh, dan menangggung beban berat. Permintaan untuk jagaan kesihatan terus bertambah jadi kita akan terus tingkatkan kapasiti penjagaan utama, terutama dengan bermulanya SG Lebih Sihat, yang menjana permintaan lebih tinggi untuk penjagaan utama."
Sumber : CNA/IQ/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita