Poliklinik Sembawang dan Tampines North dibuka tahun ini
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Poliklinik Sembawang akan dibuka tahun ini selepas ia ditangguhkan.
Satu lagi poliklinik baru akan dibuka ialah di Tampines North.
Demikian menurut pengumuman Kementerian Kesihatan (MOH) semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalannya (COS) pada Jumaat (3 Mac).
Poliklinik Sembawang dibina sebagai sebahagian daripada hab bersepadu Bukit Canberra dan terletak berdekatan Stesen MRT Sembawang.
Manakala poliklinik baru di Tampines terletak berdekatan stesen MRT Tampines North, yang akan dibina pada masa hadapan.
Pada 2016, Menteri Kesihatan ketika itu, Gan Kim Yong, berkata kemudahan penjagaan utama akan dibuka di Sembawang menjelang 2020.
Namun, pembukaan poliklinik itu diubah kepada "menjelang 2021" pada 2020 dan diubah lagi pada 2021 kepada "menjelang 2022", menurut kenyataan akhbar oleh MOH.
Pada November tahun lalu, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata pembinaan Poliklinik Sembawang ditangguhkan selama setahun dan dibuka pada 2023.
Dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, beliau menambah bahawa beberapa projek penjagaan kesihatan ditangguhkan disebabkan gangguan rantaian bekalan dan kekurangan tenaga kerja dalam sektor pembinaan.
Poliklinik Khatib, yang sepatutnya dibuka tahun ini, juga ditangguh. Ia dijadual dibuka tahun depan.
Dalam satu kenyataan akhbar, MOH menyatakan ia "berada di landasan yang betul" untuk membina 32 poliklinik menjelang 2032
Jumlah tersebut meningkat daripada 23 yang sedia ada.
Ia juga memberi kemas kini mengenai poliklinik baru serta rancangan membangunkan semula beberapa poliklinik.
Enam poliklinik (Bukit Merah, Clementi, Jurong, Outram, Pasir Ris dan Queenstown) akan dibangunkan semula menjelang 2030.
Poliklinik di Bukit Merah dan Outram akan dijadikan sebagai satu poliklinik setelah selesai kerja-kerja pembangunan semula.
Empat poliklinik (Kaki Bukit, Khatib, Serangoon dan Tengah) dijadual selesai dibina menjelang 2026. Empat lagi poliklinik (Bidadari, Bishan, Taman Jurong dan Yew Tee) dijangka siap menjelang 2030.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.