Skip to main content

Singapura

Poliklinik Khatib dibuka, kapasiti jagaan kesihatan di utara dan tengah diperluaskan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 13 May 2024 07:34PM Dikemas Kini : 13 May 2024 11:53PM
SINGAPURA: Poliklinik Khatib dibuka secara rasmi hari ini (13 Mei), sebagai sebahagian daripada usaha Kementerian Kesihatan (MOH) untuk memperluaskan kapasiti jagaan kesihatan di kawasan utara dan tengah, serta mengurangkan waktu menunggu.

Ia turut bekerjasama dengan Pusat-Pusat Penuaan Aktif bagi menyampaikan program-program kesihatan dan sosial kepada warga emas.

Terletak berhampiran stesen MRT Khatib, poliklinik tersebut menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti penjagaan gigi mesra kerusi roda.

Ia turut mempunyai ruang-ruang masyarakat buat para penduduk dan pesakit yang menyertai bengkel-bengkel dan kelas memasak.

Menteri Kedua Kesihatan Masagos Zulkifli menghadiri pembukaan poliklinik itu.

"Sebagai sebuah poliklinik baharu, Poliklinik Khatib memanfaatkan teleperubatan untuk membawa penjagaan kepada masyarakat, terus ke rumah para pesakit," kata Encik Masagos.

"Dengan menawarkan pelbagai khidmat teleperubatan bagi pencegahan dan juga konsultasi penyakit kronik," tambahnya.
Sumber : CNA/AT/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita