Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Poliklinik Eunos bakal lancar mesin ambil ubat sendiri

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Jun 2022 08:23PM Dikemas Kini : 06 Jun 2022 09:02PM

SINGAPURA: Tidak lama lagi, pesakit di poliklinik Eunos yang layak tidak perlu beratur untuk mendapatkan ubat mereka  di farmasi poliklinik tersebut.

Poliklinik Eunos akan melancarkan mesin layan diri pertama di Singapura yang membolehkanpesakit mengambil ubat masing-masing dengan lebih pantas selepas berjumpa doktor.

Mesin EZYBOX boleh mengeluarkan ubat-ubatan seperti batuk dan cirit-birit.

Buat masa ini, sistem itu masih dalam fasa ujian dan dijangka akan beroperasi sepenuhnya menjelang hujung tahun ini.

Ia sebahagian usaha Poliklinik Eunos mendakapi teknologi demi meningkatkan jagaan pesakit dan kecekapannya.

Inisiatif lain termasuk pendaftaran elektronik dan program telekesihatan.

Selain itu, poliklinik tersebut juga mahu menyediakan sekitaran terapi buat pesakit melalui ruang seni, muzik dan mesra alam.

Poliklinik Eunos yang dibuka rasmi Menteri Kesihatan Ong Ye Kung hari ini (6 Jun) adalah poliklinik ke-23 negara ini.

Ia merawat sekitar 300 pesakit setiap hari.

Sumber : CNA/RU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan