Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Poliklinik Clementi bakal dibangunkan semula di tapak baru

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Jun 2022 01:27PM Dikemas Kini : 01 Jun 2022 10:00PM

SINGAPURA: Lokasi Poliklinik Clementi yang akan dibangunkan semula tidak lama lagi dan sebuah poliklinik baru di Taman Jurong sudah diumumkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini (1 Jun).

Poliklinik sedia ada di Clementi akan dibangunkan semula di Commonwealth Avenue West, 650 meter dari lokasi sedia ada, menurut MOH.

Ia kira-kira 250 meter atau lima minit berjalan kaki dari stesen MRT Clementi, tambah MOH.

Pembangunan itu akan siap menjelang 2027, seperti yang diumumkan sebelum ini.

"Apabila sudah dibina semula, poliklinik tersebut akan menjadi lebih luas dan ia menggabungkan ciri-ciri yang lebih mesra warga emas dan mudah diakses untuk kemudahan para pesakit," menurut MOH.

Poliklinik Clementi sedia ada akan terus berkhidmat kepada para penduduk sehingga klinik baru itu mula beroperasi, tambah kementerian itu.

MOH juga mengumumkan bahawa poliklinik baru Taman Jurong akan dibina di tapak bekas tapak Hospital West Point, yang berhenti beroperasi pada September 2018.

Ia dijadual dibuka menjelang 2028.

Butiran bagi kedua-dua poliklinik turut dikongsi oleh Menteri Negara Kanan Kesihatan Janil Puthucheary semasa lawatannya ke Poliklinik Clementi sedia ada hari ini.

Beliau menyatakan bahawa rangkaian poliklinik di Singapura adalah "penting".

"Menyediakan khidmat jagaan yang baik dan meluaskan rangkaian khidmat jagaan adalah teras bagi cita-cita untuk SG yang lebih sihat...bermula dari sumbernya untuk memastikan rakyat Singapura sihat dan memberi mereka akses kepada rangkaian perkhidmatan untuk membantu mereka," kata Dr Puthucheary.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan