Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pokok tumbang, hempap kereta di Scotts Road depan Hotel Grand Hyatt

Sebatang pokok tumbang di Scotts Road pada sekitar pukul 3.00 petang hari ini (20 Nov), menyebabkan kesesakan trafik.

Anggaran Waktu Membaca:
Pokok tumbang, hempap kereta di Scotts Road depan Hotel Grand Hyatt

Sebatang pokok tumbang di Scotts Road. (Gambar: Singapore Road Accident/Facebook)

Diterbitkan : 20 Nov 2019 10:11PM Dikemas Kini : 20 Nov 2019 10:16PM

SINGAPURA: Sebatang pokok tumbang di Scotts Road pada sekitar pukul 3.00 petang hari ini (20 Nov), menyebabkan kesesakan trafik.

Menurut para saksi, sebuah kereta musnah tetapi pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sekitar 30 pekerja dilihat mengalihkan pokok setinggi 3.5 meter itu setelah Lembaga Taman Negara dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Empat lorong jalan raya di hadapan Hotel Grand Hyatt terjejas akibat pokok yang tumbang.

Menurut hotel tersebut, para pekerjanya membenarkan kenderaan-kenderaan menggunakan laluan di bangunan tersebut bagi mengelak kesesakan di Scotts Road.

Para pekerja Hotel Grand Hyatt juga menghulurkan bantuan kepada kakitangan khidmat kecemasan.

Tiada kecederaan dilaporkan dan pengaliran trafik kembali seperti sedia kala pada sekitar pukul 4.00 petang.

Menurut NParks, seluruh pokok itu berjaya dialihkan pada sekitar pukul 6.00 petang.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan