Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pokok tumbang hempap bas, kereta akibat hujan lebat

Anggaran Waktu Membaca:
Pokok tumbang hempap bas, kereta akibat hujan lebat

(Gambar: Tie Lok Tiing, pembaca CNA)

SINGAPURA: Hujan lebat melanda banyak kawasan di Singapura pada petang Ahad (20 Feb), dengan rakaman video dan gambar disebarkan di WhatsApp menunjukkan kenderaan yang rosak akibat pokok tumbang. 

Agensi Air Kebangsaan (PUB) mengeluarkan beberapa amaran banjir dan hujan lebat, satu daripadanya, amaran banjir kilat di Upper Paya Lebar Road pada 4.35 petang. 

"Akibat hujan lebat, paras air di longkang mencecah 90 peratus di kawasan-kawasan ini.... Harap elak kawasan-kawasan tersebut selama satu jam lagi," menurut PUB dalam catatan di Facebook. 

Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) mengeluarkan amaran menerusi Twitter "hujan lebat berserta guruh di banyak tempat" pada sebelah petang. 

Rakaman video dan gambar di Whatsapp menunjukkan pokok dan dahan tumbang ke atas kenderaan akibat hujan. 

Satu video menunjukkan sebatang pokok menghempap bas SMRT di Sungei Gedong. Dalam satu lagi video, beberapa bahagian pokok yang tumbang menghalang   laluan trafik di  kawasan tersebut.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia menerima panggilan meminta bantuan di Lim Chu Kang Road pada kira-kira 4.55 petang. 

"Namun, bantuan SCDF tidak diperlukan," katanya. 

Dalam satu lagi kejadian, sebatang pokok menghempap sebuah kereta berwarna putih di Punggol, menyebabkan cermin depan kereta tersebut pecah. Pegawai SCDF dilihat mengeluarkan serpihan daripada kereta tersebut.

SCDF menyatakan ia juga menerima panggilan meminta bantuan di laluan masuk tempat meletak kereta berdekatan Blok 289C Punggol Place pada sekitar 3.15 petang. 

"Apabila SCDF tiba, seorang individu dilihat terperangkap di tempat duduk pemandu dalam sebuah kereta," menurut SCDF. 

"SCDF mengeluarkan individu tersebut menggunakan alat memotong. Tiada kecederaan dilaporkan."

Mediacorp sudah menghubungi SMRT dan NParks bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut.  

Laporan tersebut hasil maklumat daripada seorang pembaca. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan