Pokok tumbang halang lalu lintas; kereta remuk, laluan pejalan kaki rosak
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar-gambar: Septian Hartono, Facebook/buses[in]gapore)
SINGAPURA: Sebatang pokok besar tumbang di Tiong Bahru Road pada lewat petang Jumaat (3 Mac), sekali gus menghalang lalu lintas dan menyebabkan kerosakan pada laluan pejalan kaki yang berbumbung.
Satu video yang dirakam pembaca Mediacorp Dorothea Wong menunjukkan barisan bas SBS Transit sedang menunggu di belakang pokok yang tumbang itu.
Wanita berusia 28 tahun itu berkata insiden tersebut berlaku sekitar pukul 5.30 petang.
"Bunyinya sangat kuat. Saya terkejut dan berfikir ia mungkin nahas kereta. Tetapi apabila saya berdiri dan melihat ke luar tingkap, saya terkejut melihat sebatang pokok tumbang di jalan raya dua hala itu."

SBS Transit menyatakan dalam catatan di laman Twitter sekitar pukul 6.00 petang bahawa lapan khidmat basnya dilencongkan dari kawasan itu disebabkan pokok yang tumbang.
Bas-bas tersebut juga tidak berhenti di lima perhentian bas.
Wartawan Mediacorp yang berada di tempat kejadian sekitar pukul 6.30 petang menyaksikan barisan panjang bas sehingga ke Tiong Bahru Plaza.

Pembaca Mediacorp Septian Hartono berkongsi gambar laluan pejalan kaki berbumbung yang terjejas di hadapan Blok 24, Tiong Bahru Road.
Sebahagian daripadanya runtuh dihempap pokok itu.
Satu lagi gambar oleh Encik Hartono menunjukkan sebuah kereta juga mengalami kerosakan, dengan serpihan dilihat di bahagian atas kenderaan yang remuk itu.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.