Pokok tumbang di Ulu Pandan CC: 1 individu dibenarkan keluar hospital, 2 lagi stabil
AP Holland-Bukit Timah Christopher De Souza melawat rumah Encik Neo, penduduk Ulu Pandan yang dibenarkan pulang dari hospital dan "berasa sangat lega individu itu baik-baik saja".

AP Christopher de Souza dengan penduduk Ulu Pandan resident pada 21 Ogos 2022. (Gambar: Facebook/Christopher de Souza, google maps)
Dalam catatan di laman Facebook pada Ahad (21 Ogos), Encik Christopher De Souza, Anggota Parlimen (AP) Holland-Bukit Timah berkata beliau melawat rumah Encik Neo, penduduk Ulu Pandan, yang dibenarkan pulang dari hospital sehari sebelum itu.
"Saya berasa sangat lega beliau baik-baik saja dan mahu kembali berlari di koridor kereta api secepat mungkin - beliau memiliki sikap positif dan optimis yang menakjubkan," kata Encik De Souza.
Encik De Souza berkata beliau "diberi kemas kini secara tetap" mengenai kesihatan dan keadaan dua lagi indvidu yang masih berada di hospital. Mereka bukan penduduk Ulu Pandan.
"Saya berasa sangat bersyukur mereka dalam keadaan stabil dan kian pulih," kata Encik De Souza.
Encik De Souza menambah beliau mahu melawat dua lagi individu itu pada Ahad tetapi pihak hospital sebaliknya mencadangkan sesi Zoom pada Isnin disebabkan langkah-langkah pengurusan selamat yang dilaksanakan, dan bahawa mereka "memerlukan hari itu untuk lebih banyak berehat".
"Pengalaman ini adalah titik pembelajaran penting dan saya akan mempengerusikan mesyuarat awal minggu ini untuk mempelajari bagaimana kami dapat belajar dari insiden ini dan melaksanakan langkah-langkah bagi mengurangkan risiko ia berulang," kata Encik De Souza.
Encik De Souza berkata ini termasuk "memastikan kesihatan pokok-pokok dalam kawasan kelab masyarakat kami dan mengkaji peningkatan jumlah akses bagi ambulans yang disediakan sepanjang koridor kereta api."
"Saya beri jaminan kepada perhatian peribadi saya ke dalam urusan ini," tambah beliau.
Tiga individu itu dikejarkan ke hospital selepas sebatang pokok tumbang pada Sabtu. Dua daripada mereka terperangkap di bawah pokok manakala seorang lagi ditemui cedera berhampiran pokok itu, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
Kelab Masyarakat Ulu Pandan menyatakan pihaknya sedang berusaha mendapatkan perincian berhubung insiden itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.