Pokok tumbang di TPE, halang pergerakan trafik
Dua pokok besar tumbang di Ekspreswe Tampines (TPE) pagi tadi (17 Nov), dan menghalang laluan trafik di jalan raya itu.

Para penunggang motosikal dilihat mengalihkan pokok yang tumbang di TPE. (Petikan gambar dari video Facebook)
SINGAPURA: Dua pokok besar tumbang di Ekspreswe Tampines (TPE) pagi tadi (17 Nov), dan menghalang laluan trafik di jalan raya itu.
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengirimkan tweet pada 7.17 pagi mengenai halangan di TPE (menghala SLE) selepas susur keluar Tampines Ave 7.
Mediacorp difahamkan kedua-dua batang pokok sudah dialihkan pada jam 8.45 pagi. Tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan.
Pengguna jalan raya, kebanyakannya penunggang motosikal, kelihatan cuba mengalihkan pokok yang tumbang di jalan raya tersebut. Video yang merakam kejadian dikongsi ramai melalui WhatsApp dan Facebook.
Video tersebut dirakam di TPE menghala Punggol di jalan susur keluar Tampines Ave 12, menurut catatan Facebook Roads.sg. Trafik di keempat-empat lorong "tidak bergerak sama sekali", menurut Roads.sg lagi.
Jabatan Kaji Cuaca (MSS) mengeluarkan amaran hujan lebat pada sekitar 7.00 pagi pada Khamis lalu (15 Nov) yang memberi amaran tentang "guruh dan angin kencang".
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.