Skip to main content

Singapura

Pokok tumbang di Toa Payoh, 1 orang dikejarkan ke hospital

Gambar yang tersebar online menunjukkan sebatang pokok tumbang di jalan raya dua lorong itu, menghempap pembahagi jalan dan juga sebuah lori putih berdekatan persimpangan trafik.

Anggaran Waktu Membaca:
Pokok tumbang di Toa Payoh, 1 orang dikejarkan ke hospital

Gambar yang tersebar online menunjukkan sebatang pokok tumbang di Toa Payoh Lorong 6, 8 Jan.

Diterbitkan : 08 Jan 2018 12:52PM Dikemas Kini : 08 Jan 2018 12:54PM

SINGAPURA: Sebatang pokok di Lorong 6 Toa Payoh tumbang pagi tadi (8 Jan).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan seorang individu dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng setelah ia menerima panggilan bagi sebuah ambulans pada pukul 10.00 pagi.

Gambar yang tersebar online menunjukkan sebatang pokok tumbang di jalan raya dua lorong itu, menghempap pembahagi jalan dan juga sebuah lori putih berdekatan persimpangan trafik.

Rakaman video dari kamera yang dipasang dalam kereta dan dimuat naik ke laman YouTube menunjukkan pokok yang tumbang itu di jalan raya dan menghadang kenderaan dari arah bertentangan.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita