Pokok tumbang di Tampines Avenue 9, halang satu lorong jalan raya
Sebatang pokok tumbang di sudut antara Tampines Ave 9 dan Tampines Street 43 petang tadi (11 Dis), menyebabkan sebatang lorong jalan raya.
Pokok tumbang di Tampines Avenue 9. (Gambar: Telegram)
SINGAPURA: Sebatang pokok tumbang di sudut antara Tampines Ave 9 dan Tampines Street 43 petang tadi (11 Dis), menyebabkan sebatang lorong jalan raya.
Mediacorp difahamkan bahawa tiada orang dilaporkan cedera dan pegawai polis membantu dalam kawalan trafik di tempat kejadian.
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengirimkan tweet sekitar 6.40 petang bahawa terdapat halangan di Tampines Avenue 9.
Kebanyakan kawasan di Singapura mengalami hujan lebat pada tengah hari tadi dengan Jabatan Kaji Cuaca Singapura meramalkan hujan dijangka berterusan di beberapa kawasan sehingga malam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.