Pokok tumbang dekat susur keluar Orchard Road, terowong CTE ditutup sementara
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: SG Road Vigilante/Facebook
SINGAPURA: Terowong Ekspreswe Central (CTE) ditutup sementara pada pagi Rabu (19 Jul) selepas sebatang pokok tumbang di jalan raya tersebut.
Dalam satu catatan di Twitter pada 9.18 pagi, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan terowong CTE menuju ke Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) itu ditutup sebelum susur keluar Orchard Road.
Gambar yang tersebar di Facebook menunjukkan sebatang pokok yang tumbang, sekali gus menyekat laluan kereta di tiga lorong jalan raya itu.
Dalam sekeping gambar pula, sebuah kereta putih dilihat dihempap pokok tersebut.
Dalam sebuah video yang dimuat naik di halaman Facebook Roads.sg, barisan panjang kenderaan dilihat sepanjang ekspreswe tersebut di tengah-tengah hujan lebat.
Menurut satu kemas kini yang dikeluarkan LTA pada 10.36 pagi, halangan berkenaan menyebabkan kesesakan sehingga susur keluar Ang Mo Kio Avenue 5. Kenderaan bagaimanapun sudah boleh melalui lorong 1 dan 2, kata LTA sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp.
Setakat 4.30 petang, semua lorong jalan raya sudah dibuka semula.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.