Skip to main content

Singapura

POFMA diluluskan setelah sesi maraton lebih 10 jam di Parlimen, hingga larut malam

Setelah satu sesi maraton selama lebih 10 jam, satu undang-undang baru untuk memerangi berita palsu diluluskan dengan majoriti besar di Parlimen pada Rabu (8 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
POFMA diluluskan setelah sesi maraton lebih 10 jam di Parlimen, hingga larut malam

Menteri Undang-undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam.

Diterbitkan : 09 May 2019 12:29AM Dikemas Kini : 09 May 2019 12:32AM

SINGAPURA: Setelah satu sesi maraton selama lebih 10 jam, satu undang-undang baru untuk memerangi berita palsu diluluskan dengan majoriti besar di Parlimen pada Rabu (8 Mei).

Rang tersebut menerima bangkangan kuat daripada Parti Pekerja (WP).

Sesi maraton yang membahaskan Rang Undang-Undang Perlindungan daripada Kepalsuan Online dan Manipulasi, atau lebih dikenali sebagai POFMA, berlangsung selama dua hari.

Ia akhirnya menjalani proses pengundian di Parlimen pada lewat malam dan selesai selepas jam 10.00 malam.

Kesemuanya lebih 30 Anggota Parlimen (AP) bangkit berucap mengenai topik tersebut.

Sidang perbahasan Rabu (8 Mei), menyaksikan pertikaman lidah yang hebat antara para AP Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang Pemerintah dengan para AP WP.

Ini khususnya antara Menteri Ehwal Dalam Negeri (MHA) K Shanmugam dengan ketua WP, Pritam Singh.

Loceng bagi pengundian dibunyikan sebanyak dua kali, atas permintaan Encik Singh pada bacaan kedua dan ketiga rang tersebut, di mana para AP membuat undian.

Rang POFMA itu akhirnya diluluskan dengan 72 AP mengundi menyokong, manakala kesemua sembilan AP pembangkang menolaknya.

Tiga orang AP Dilantik mengundi berkecuali.

Semasa perdebatan mengenai rang tersebut, para AP menyuarakan pelbagai keprihatinan mereka termasuk tentang skop kuasa yang diberikan kepada para Menteri dan takrifan 'kepalsuan'.

Encik Shanmugam bagaimanapun menjelaskan bahawa undang-undang baru diperlukan untuk memerangi cabaran kepalsuan online dengan lebih berkesan lagi.

"Ini bukan gerakan politik. Ini gerakan untuk mengekalkan masyarakat kita dan nilai-nilai, serta mempunyai satu susunan perbahasan jujur tentang apa yang seharusnya menjadi jalan kehadapan; perbahasan jujur tentang dasar sosial; perbahasan jujur tentang dasar ekonomi; perbahasan jujur tentang bagaimana kita harus menentukan masyarakat.

"Tapi ia juga harus didasarkan kepada asas-asas kebenaran; asas kemuliaan dan asasdi mana kita menolak kebohongan. Itulah yang kita lakukan.

"Ini bukan tentang Parti Pekerja atau PAP. Hari ini, ia mengenai Singapura," jelas Encik Shanmugam di Parlimen. 

Sumber : CNA/DY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita