Skip to main content

Singapura

POFMA dikeluarkan terhadap Twitter berhubung catatan salah tafsir Jolovan Wham

Kementerian Ehwal dalam Negeri (MHA) mengarahkan Pejabat POFMA supaya mengeluarkan arahan pembetulan bersasar terhadap Twitter, setelah Encik Jolovan Wham tidak mematuhi arahan pembetulan yang dikeluarkan ke atasnya pada Jumaat (8 Okt), menurut MHA hari ini (9 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
POFMA dikeluarkan terhadap Twitter berhubung catatan salah tafsir Jolovan Wham

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 09 Oct 2021 12:01PM Dikemas Kini : 09 Oct 2021 12:02PM

SINGAPURA: Kementerian Ehwal dalam Negeri (MHA) mengarahkan Pejabat POFMA (Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online) supaya mengeluarkan arahan pembetulan bersasar terhadap Twitter, setelah Encik Jolovan Wham tidak mematuhi arahan pembetulan yang dikeluarkan ke atasnya pada Jumaat (8 Okt), menurut MHA hari ini (9 Okt).

Di bawah arahan pembetulan bersasar, Twitter perlu memaklumkan kepada para pengguna yang melihat catatan Twitter Encik Wham bahawa ia mengandungi dakwaan palsu tentang pandangan Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam mengenai peraturan undang-undang.

Catatan Twitter Encik Wham pada 6 Oktober "menyampaikan kepalsuan bahawa Kementerian Ehwal dalam Negeri berpandangan peraturan undang-undang tidak beroperasi di mana-mana di dunia sebenar, termasuk di Singapura", menurut MHA.

Arahan terkini itu dikeluarkan setelah MHA menyatakan pada Jumaat ia maklum tentang "kepalsuan" yang disebarkan menerusi online oleh Encik Wham, yang "memberi gambaran salah" tentang apa yang disampaikan oleh Encik Shanmugam di Parlimen pada 4 Oktober.

Satu arahan pembetulan dikeluarkan terhadap Encik Wham pada Jumaat, yang mana ia menyuruh Encik Wham untuk memuat naik notis pembetulan di wadah onlinenya.

"Menteri Shanmuga berkali-kali menekankan di Parlimen, pentingnya peraturan undang-undang untuk Singapura dan komitmen kukuh serta berterusan oleh Pemerintah kepada peraturan undang-undang," menurut MHA pada Jumaat.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita