PMET tempatan harap dapat isi lebih banyak jawatan dalam sektor IT
Golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) tempatan akur sektor teknologi maklumat (IT) memerlukan pekerja asing yang mempunyai kemahiran khusus atau kepakaran dalam pasaran-pasaran yang menjadi sasarannya.
SINGAPURA: Golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) tempatan akur sektor teknologi maklumat (IT) memerlukan pekerja asing yang mempunyai kemahiran khusus atau kepakaran dalam pasaran-pasaran yang menjadi sasarannya.
Penolong Setiausaha Agung NTUC Patrick Tay berkata mereka berasa tidak puas hati kerana ada majikan tidak mengambil para pekerja tempatan untuk mengisi jawatan-jawatan yang boleh mereka lakukan dengan lebih baik.
Menurut Encik Tay, sebilangan firma mungkin mendapati lebih menjimatkan untuk menggaji para PMET asing.
Dalam hal itu, penyesuaian gaji bagi pemegang Pas Kerja dan Pas S boleh membantu menjadikan prosesnya lebih adil bagi rakyat tempatan.
Beliau juga berharap syarikat-syarikat akan berusaha untuk memastikan adanya pemindahan kepakaran dari para PMET asing kepada pekerja-pekerja tempatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.