PM Wong utus takziah atas pemergian mantan PM Malaysia Abdullah Badawi
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: AFP/Saeed Khan)
SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong menyampaikan takziah menyusuli pemergian mantan Perdana Menteri Malaysia Abdullah Badawi, sambil menyifatkannya sebagai "inspirasi kepada ramai".
Allahyarham meninggal dunia pada Isnin (14 Apr) di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur. Beliau berusia 85 tahun.
Allahyarham "meningkatkan kedudukan antarabangsa ASEAN dan mempertahankan semangat kedaerahan pada masa perubahan besar dalam masyarakat global", kata Encik Wong dalam surat yang diutuskan kepada Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim.
"Tun Abdullah berkhidmat dengan setia kepada rakyat Malaysia dan membuat perubahan ketara terhadap pembangunan ekonomi dan sosial Malaysia."
Mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, yang mesra dipanggil Pak Lah, menyandang jawatan sebagai perdana menteri kelima Malaysia antara 2003 dengan 2009.
Encik Wong menarik perhatian semasa tempoh penggal Allahyarham sebagai perdana menteri, Singapura dan Malaysia "meningkatkan kerjasama dalam bidang kepentingan bersama".
Ini termasuk pembangunan Iskandar Malaysia, yang disokong kuat oleh Singapura sejak penubuhannya, katanya.
"Pada masa yang sama, Singapura dan Malaysia mencapai kemajuan yang baik dalam isu dua hala yang berpanjangan," tambah Encik Wong.
"Sebagai contoh, kedua-dua negara bersetuju untuk mematuhi keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung kedaulatan Pedra Branca dan Middle Rocks.
"Di sebalik kesukaran yang dihadapi, Tun Abdullah sentiasa mendampingi kami secara membina, sering meredakan detik-detik ketegangan dengan perwatakannya yang mesra," kata Encik Wong.
Beliau menambah dalam suratnya kepada Encik Anwar: "Saya mengutuskan takziah sedalam-dalamnya kepada anda, seluruh rakyat Malaysia dan keluarga Tun Abdullah pada masa berduka ini."
Encik Wong turut menyampaikan takziah kepada isteri Allahyarham, Jeanne Abdullah.
"Tun Abdullah adalah sahabat Singapura yang memainkan peranan penting dalam perkembangan kedua-dua negara berhubung beberapa isu dua hala," katanya.
"Beliau seorang yang peramah tetapi tegas, dan bersedia membawa perbincangan ke hadapan dalam semangat kerjasama yang membina dan sokongan bersama. Kami terhutang budi kepada Tun Abdullah atas persahabatannya selama beberapa tahun ini," katanya.
Encik Wong menambah, Allahyarham akan "dikenang sebagai seorang individu yang mesra dan pemurah".
Beliau menambah: "Meskipun sebagai perdana menteri, beliau tetap merendah diri dan memimpin Malaysia dengan kebijaksanaan dan belas kasihan.
"Beliau akan dirindui, bukan sekadar sebagai seorang pemimpin, tetapi juga sebagai seorang suami, bapa dan teman.
"Saya menyampaikan takziah sedalam-dalamnya kepada anda dan keluarga anda. Semoga anda diberi kekuatan untuk menghadapi masa berduka ini."
Menteri Kanan Lee Hsien Loong menghadiri upacara pengebumian negara bagi Allahyarham pada Selasa.

Sumber : CNA/HA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.