PM Wong umum barisan Kabinet baharu; hanya 1 DPM, 3 Menteri Penyelaras
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong mengumumkan barisan Kabinet penuh pertamanya pada Rabu (21 Mei), sekali gus menandakan satu rombakan ketara yang merangkumi tiga menteri penyelaras dan mengesahkan Encik Gan Kim Yong sebagai satu-satunya timbalan perdana menteri.
Kabinet baharu itu menampilkan 15 menteri penuh dan dua pemangku menteri di Pejabat Perdana Menteri dan 16 kementerian. Ini adalah pasukan lengkap pertama yang ditubuhkan di bawah PM Wong sejak beliau menggantikan Encik Lee Hsien Loong sebagai perdana menteri pada tahun lalu.
PM Wong, yang kekal sebagai menteri kewangan, juga melantik sembilan pemegang jawatan politik baharu, termasuk antara Anggota Parlimen penggal pertama - jumlah yang beliau sifatkan sebagai "salah satu yang tertinggi dalam sejarah baru-baru ini".
PM Wong berkata beliau mempunyai "pasukan yang kukuh di belakang saya", menekankan bahawa beliau mempunyai empat pemimpin kanan, terdiri daripada seorang timbalan perdana menteri dan tiga menteri penyelaras.
“Mereka adalah sebahagian daripada pasukan teras untuk membantu saya, untuk menasihati saya, dan juga untuk memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada menteri baharu dan lebih muda,” katanya semasa sidang media pada Rabu (21 Mei).
PERUBAHAN PADA KEPIMPINAN UTAMA
Gan Kim Yong akan kekal sebagai Menteri Perdagangan dan Perusahaan dan kekal sebagai satu-satunya Timbalan Perdana Menteri.
Chan Chun Sing akan mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan dan dilantik sebagai Menteri Penyelaras bagi Perkhidmatan Awam.
Ong Ye Kung akan mengekalkan portfolio kesihatan dan mengambil peranan tambahan sebagai Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial.
K Shanmugam akan melepaskan portfolio undang-undang tetapi kekal sebagai Menteri Ehwal Dalam Negeri. Beliau juga akan berkhidmat sebagai Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara.
Edwin Tong akan mengambil alih jawatan Menteri Undang-Undang dan juga akan dilantik sebagai Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri.
Desmond Lee akan menggantikan Encik Chan sebagai Menteri Pendidikan.
Chee Hong Tat akan mengambil alih daripada Encik Desmond Lee sebagai Menteri Pembangunan Negara dan melepaskan peranan sebagai Menteri Kedua Kewangan.
Dr Faishal Ibrahim akan menjadi Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, serta Menteri Negara Kanan Ehwal Dalam Negeri.
David Neo, Anggota Parlimen dipilih yang baharu, akan menjadi Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia serta Menteri Negara Kanan Pendidikan.
Jeffrey Siow, seorang lagi Anggota Parlimen penggal pertama, akan menjadi Pemangku Menteri Pengangkutan merangkap Menteri Negara Kanan Kewangan.
MENTERI MENGEKALKAN PORTFOLIO
Josephine Teo kekal sebagai Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital.
Tan See Leng kekal sebagai Menteri Tenaga Manusia. Beliau juga akan menjadi Menteri Bertanggungjawab bagi Tenaga dan Sains dan Teknologi di Kementerian Perdagangan dan Periusahaan.
Grace Fu kekal sebagai Menteri Kemampanan dan Sekitaran.
Masagos Zulkifli kekal sebagai Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga.
Vivian Balakrishnan kekal sebagai Menteri Ehwal Luar.
Indranee Rajah kekal sebagai Menteri di Pejabat Perdana Menteri.
PERANAN MENTERI PENYELARAS
Peranan Menteri Penyelaras bukanlah perkara baharu dalam Kabinet Singapura.
Encik Teo Chee Hean sebelum ini adalah Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Encik Tharman Shanmugaratnam menyelia dasar sosial dan Encik Khaw Boon Wan pula untuk prasarana.
PM Wong berkata Encik Khaw menyatukan perancangan bandar dan projek prasarana utama seperti perumahan dan laluan MRT, mengukuhkan penyelarasan dalaman dalam pemerintah. Sebagai Menteri Penyelaras bagi Perkhidmatan Awam yang baharu, Encik Chan Chun Sing akan menumpukan perhatian kepada penambahbaikan perkhidmatan, terutamanya di estet-estet perumahan baharu.
“Ia lebih kepada Perkhidmatan Awam berbanding perancangan prasarana berskala besar, dan itulah sebabnya saya memutuskan untuk menamakannya semula untuk memberikan fokus dan keutamaan baharu itu,” kata PM Wong.
Encik Chan berkata beliau akan menyelia kedua-dua perkhidmatan digital dan fizikal, daripada perancangan hingga pelaksanaannya.
"Saya akan membantu untuk menyelaraskan beberapa bidang penambahbaikan ini untuk memastikan kita tidak mempunyai sebarang jurang dalam Perkhidmatan Awam kita. Di mana kementerian boleh dan mampu untuk terus melihat bidang kerja masing-masing, maka itu mereka pasti boleh terus berbuat demikian," katanya.
Bagaimanapun, masih ada ruang untuk penambahbaikan, seperti menggunakan pendekatan yang lebih mengutamakan rakyat dengan perancangan berpandangan jauh untuk menyediakan perkhidmatan sehenti untuk orang ramai, tambahnya.
MELAKAR HALA TUJU SINGAPURA DAN DASAR SOSIAL
PM Wong berkata walaupun selepas Encik Tharman mengundurkan diri daripada Kabinet, penyelarasan antara kementerian untuk dasar sosial diteruskan - diterajui oleh PM Wong sendiri semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.
“Saya tidak mempunyai gelaran Menteri Penyelaras, tetapi saya mempengerusikan proses ini, dan saya menggunakannya untuk menyemak dasar kita bagi tujuan Melakar Hala Tuju Singapura,” katanya.
Proses yang diselaraskan membolehkan pemerintah untuk menyemak perkara-perkara seperti Skim Bantuan Pencari Kerja dan dasar cuti keibubapaan.
Dengan tanggungjawab PM Wong sebagai perdana menteri, beliau telah menyerahkan tugas itu kepada Encik Ong Ye Kung.
Encik Ong berkata beliau telah meminta untuk dikekalkan di Kementerian Kesihatan, sebahagiannya untuk terus menangani penduduk Singapura yang semakin menua.
"Kami telah melakukan beberapa langkah besar, tetapi saya fikir penuaan akan menjadi satu-satunya pembangunan sosial terbesar yang akan kita lihat dalam tempoh dekad akan datang," katanya.
"Kita perlu menyesuaikannya dengan cara kita belajar, kita bekerja, kita beriadah, atau meniti usia senja kita. Jadi saya fikir ia masih memerlukan banyak kerja dan usaha."
Beliau juga membentangkan keutamaannya sebagai Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial – iaitu meneruskan inisiatif Melakar Hala Tuju Singapura dan mengukuhkan jaringan keselamatan sosial.
Singapura tidak boleh memandang ringan model ekonomi "inklusif" dan sistem meritokrasinya, kata Encik Ong.
PELANTIKAN LAIN
Sim Ann akan dilantik sebagai Menteri Negara Kanan Ehwal Dalam Negeri dan terus berkhidmat di Kementerian Ehwal Luar.
Murali Pillai akan mengekalkan portfolio undang-undang dan pengangkutan tetapi akan dinaikkan pangkat sebagai Menteri Negara Kanan.
Sun Xueling akan menjadi Menteri Negara Kanan Pembangunan Negara merangkap Pengangkutan, melepaskan peranannya dalam Kementerian Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga.
Baey Yam Keng akan menjadi Menteri Negara Pengangkutan, serta Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, melepaskan peranannya dalam Kementerian Kemampanan dan Sekitaran. Beliau juga akan menjadi Datuk Bandar CDC Timur Laut.
Janil Puthucheary akan menjadi Menteri Negara Kanan Pendidikan merangkap Kemampanan dan Sekitaran.
Koh Poh Koon dan Tan Kiat How akan menjadi Menteri Negara Kanan Kesihatan. Encik Koh juga akan kekal sebagai Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia, dan Encik Tan akan terus berkhidmat di Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital.
Shawn Huang akan menjadi Setiausaha Parlimen Kanan Tenaga Manusia dan terus berkhidmat di Kementerian Kewangan.
Gan Siow Huang dan Zhulkarnain Abdul Rahim akan menjadi Menteri Negara Ehwal Luar. Cik Gan juga akan menjadi Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan, dan Encik Zhulkarnain akan menjadi Menteri Negara Pembangunan Sosial dan Keluarga.
Zaqy Mohamad akan menjadi Menteri Negara Kanan Kemampanan dan Sekitaran dan Pertahanan.
Desmond Choo akan menjadi Menteri Negara Pertahanan.
Alvin Tan akan menjadi Menteri Negara Pembangunan Negara merangkap Perdagangan dan Perusahaan.
Eric Chua akan menjadi Setiausaha Parlimen Kanan Undang-Undang.
Lima lagi Anggota Parlimen PAP yang baru dipilih akan dilantik ke jawatan politik. Encik Dinesh Vasu Dash, Cik Jasmin Lau, Encik Goh Pei Ming akan menjadi Menteri Negara, dan Cik Goh Hanyan dan mantan Anggota Parlimen Dilantik Syed Harun Alhabsyi akan dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kanan.
Encik Dinesh juga akan menjadi Datuk Bandar CDC Tenggara.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.