PM Wong umum 2 masjid baharu akan dibina di Tengah, Tampines North
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebuah masjid baharu akan dibangunkan di kawasan estet perumahan Tengah dan rancangan untuk pembangunan masjid di Tampines North akan disambung semula.
Perdana Menteri Lawrence Wong mengumumkan rancangan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) itu di Masjid Al-Istighfar pada Selasa (4 Mac).
Kehadiran PM Wong di masjid yang terletak di Pasir Ris itu bagi menyertai sekitar 1,000 jemaah dalam majlis berbuka puasa.

Sebelum itu, PM Wong diberi taklimat mengenai perkembangan, inisiatif, dan perancangan bagi sektor masjid di Singapura oleh Timbalan Ketua Eksekutif MUIS, Khairul Anwar.
"Kami sebagai pemerintah mengiktiraf kepentingan agama. Agama memperkasa manusia dengan kekuatan dan tujuan. Agama boleh menjadi kuasa positif bagi masyarakat dan kerana itulah dalam perancangan pembangunan bagi estet-estet perumahan, kami mengambil kira keperluan keagamaan penduduk termasuk keperluan tempat untuk beribadah seperti masjid," kata PM Wong.

PEMBINAAN MASJID DI TAMPINES NORTH DISAMBUNG SEMULA
Rancangan membangunkan masjid di Tampines North pertama kali diumumkan pada 2015 untuk memberi kemudahan kepada penduduk serta pekerja di Tampines North, Pasir Ris West dan kawasan perindustrian berdekatan.
"Kita dilanda COVID, satu gendala besar terhadap semua rancangan pembinaan. Jadi rancangan pembangunan masjid ini perlu dihentikan seketika tapi kini kita boleh sambung semula rancangan itu dan pasukan akan persiapkannya dan bersedia. Harap kerja-kerja pembinaan boleh bermula pada 2027 dan sebenarnya, masjid itu tidak jauh dari sini (Masjid Al-Istighfar). Ia terletak di Tampines North Drive 5 and saya pasti ia akan dapat bantu memenuhi permintaan meningkat bagi ruang solat di kawasan ini," kata PM Wong.
Dengan keadaan menjadi semakin stabil, MUIS kini bersedia untuk meneruskan rancangan untuk pembangunan masjid itu.
Buat masa ini, penduduk di kawasan tersebut bergantung kepada Masjid Al-Istighfar di Pasir Ris, yang mampu menampung sehingga 3,500 jemaah dan Masjid Darul Ghufran di Tampines.
Masjid Darul Ghufran juga menjalani kerja naik taraf besar-besaran dan dibuka semula pada 2019 untuk menampung lebih ramai jemaah iaitu 5,500 orang dalam satu-satu masa.
Ini menjadikannya antara masjid terbesar di Singapura.
Namun, dengan pembangunan pesat melibatkan kira-kira 17,000 unit kediaman di Tampines North Drive 5, keperluan untuk sebuah masjid baharu semakin mendesak.
Pembinaan masjid baharu di Tampines North itu bagi memenuhi keperluan ibadah serta mengukuhkan peranan masjid sebagai pusat komuniti bagi penduduk Muslim di kawasan itu.

MASJID DI ESTET TENGAH
Bagi masjid di estet perumahan Tengah pula, MUIS sedang bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan bagi memenuhi keperluan komuniti Islam yang semakin berkembang di kawasan tersebut.
Pengumuman mengenai pembinaan masjid itu amat dinanti-nantikan oleh penduduk Muslim di Tengah, yang kini perlu berulang-alik ke masjid di Jurong East, Teban Gardens atau Choa Chu Kang untuk aktiviti keagamaan mereka.
PM Wong berkata, "Tengah seperti yang anda tahu ia terletak di bahagian barat Singapura tapi ia sebuah bandar baharu dan ia berkembang dengan pesatnya. Jumlah penduduk juga bertambah dengan cepat dan lebih banyak keluarga muda pindah ke sana termasuk keluarga-keluarga Islam. Jadi, jelas perlu sebuah masjid baharu di situ juga"
Setakat hujung tahun lalu, lebih 8,800 unit flat telah siap dibina di kawasan itu dan lebih 7,000 penduduk telah menerima kunci rumah mereka.
Apabila kesemua lima daerah Tengah siap kelak, ia akan menempatkan sebanyak 42,000 rumah baharu.
Dengan pertambahan penduduk di kawasan ini, masjid baharu dijangka menjadi pusat ibadah dan komuniti yang penting bagi penduduk Muslim di sana.
Maklumat lanjut mengenai lokasi serta jadual pembangunan masjid tersebut akan diumumkan oleh pihak berkuasa pada masa akan datang.

HARGA BINA MASJID TIDAK KURANG DARIPADA $30 JUTA
Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli juga berkongsi dua pertimbangan besar bagi pembangunan dua masjid itu.
"Pertama sekali kalau kadar inflasi juga boleh dilihat sudah lebih stabil dan inilah waktunya kita untuk dikatakan 'lock in' harga pembangunan masjid masjid. Jadi dua masjid ini juga dengan adanya kita membina sekaligus kita juga kita mengharapkan mendapatkan kos yang lebih rendah daripada kita buat hanya satu masjid. Kedua juga kita harus memperincikan tentang kerja-kerja peningkatan masjid-masjid lain, juga dalam pembangunan Kolej Islam kita yang bakal kita bangunkan. Jadi Alhamdulillah, dengan melihat kepada sumber yang kita ada, ia akan cukup dan kita perlu terus sumbangan daripada masyarakat untuk pembinaan," kata Encik Masagos.
Beliau juga mengingatkan bahawa kos yang diperlukan bukan sahaja untuk membina bangunan masjid tetapi juga kelengkapan, penyelenggaraan serta kakitangan masjid.
Oleh itu, Encik Masagos menekankan kepentingan pembangunan Wakaf Masyarakat Singapura (WMS).
"Kita bukan hanya perlu membangunkan masjid. Kita juga harus menjaganya, menjaga rapi dan juga membuat penyelenggaraan sekaligus. Satu hari nanti kita juga harus membayar pajakan tanah apabila ia habis. Sebab itulah kita membangunkan Wakaf Masyarakat Singapura supaya kita juga memberikan dana untuk keperluan masa panjang kita," ujar Encik Masagos.
"Kalau kita lihat secara purata, kalau daripada zaman-zaman dulu, kita bangun masjid mungkin satu juta dolar sudah cukup, sekarang di atas 30 juta tapi ini tergantung kepada kos dan juga reka bentuk dan juga fungsi-fungsi yang kita ingin isi di dalam masjid tersebut," tambah beliau.
Sebelum ini, masjid terbaharu yang dibangunkan ialah Masjid Yusof Ishak yang terletak di Woodlands.
Pembangunan masjid yang dirasmikan pada 2017 itu menelan belanja sekitar $17.6 juta.
Dengan pembangunan lagi dua masjid itu, Singapura akan mempunyai 73 masjid kesemuanya.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk/iz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.