PM Wong ucapkan tahniah kepada To Lam atas pelantikan semula sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong pada Isnin (26 Jan) mengucapkan tahniah kepada Encik To Lam kerana berjaya dilantik semula sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam.
Jawatankuasa pusat parti itu sebulat suara mengundi untuk melantik semula Encik Lam sebagai Setiausaha Agung parti selama tempoh lima tahun lagi pada Jumaat, menandakan berakhirnya Kongres yang diadakan setiap lima tahun.
Dalam negara dengan satu parti itu, Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam menjadi pemimpin de facto negara itu.
"Pelantikan semula anda merupakan bukti kepada kepercayaan dan keyakinan parti dan penduduk Vietnam ke atas kepimpinan anda," kata Encik Wong, yang juga menghantar surat mengucapkan tahniah sebagai Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP).
Encik Wong berkata di bawah kepimpinan Encik Lam, Vietnam "meraih pertumbuhan ekonomi, pembangunan sosial dan penyepaduan serantau dan antarabangsa yang pesat".
"Saya yakin Vietnam akan terus makmur dalam era baharu ini di bawah kepimpinan anda."
Hubungan Singapura dan Vietnam "disokong oleh misi bersama kami untuk menjalin hubungan yang saling memanfaatkan demi kemakmuran kedua-dua negara dan penduduk kami", kata Encik Wong sambil menarik perhatian terhadap kerjasama dalam "bidang ekonomi, politik dan antara rakyat".
Mengimbas kembali lawatan rasmi Encik Lam ke Singapura pada Mac 2025, Encik Wong berkata peningkatan hubungan dua hala kedua-dua negara kepada Perkongsian Strategik Komprehensif "memberikan kami dorongan untuk memperdalami kerjasama antara kedua-dua negara".
"Saya berharap dapat bekerjasama lebih rapat lagi dengan anda berkenaan hubungan dua hala serta isu-isu serantau dan antarabangsa," kata Encik Wong.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.