PM Wong ucap tahniah kepada Trump, alu-alukan perkukuh hubungan dua hala
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong berkata pada Selasa (19 Nov) beliau sudah bercakap dengan bakal presiden Amerika Syarikat Donald Trump menerusi satu panggilan telefon dan mengucapkan tahniah atas kemenangannya dalam pilihan raya baru-baru ini.
Menerusi catatan Facebook beliau, Encik Wong berkata kerjasama Amerika Syarikat-Singapura "utuh dan dinamik", dan "dibina atas dasar kepercayaan bersama yang mendalam dan kepentingan bersama".
"Saya menantikan kerjasama dengan presiden (Trump) dan pasukannya untuk memperdalam hubungan dua hala kita," tambah Encik Wong.
Encik Wong sebelum ini mengutuskan surat kepada Encik Trump, mengucapkan tahniah atas "mandat luar biasa" yang diberikan kepadanya oleh rakyat Amerika.
Menerusi catatan media sosial pada hari yang sama, Encik Wong juga berkata Singapura sudah bersedia untuk bekerjasama dengan Encik Trump dan pentadbiran baharu "untuk memajukan hubungan dua hala kita dan untuk terus memperkukuh kerjasama Amerika Syarikat di Asia Pasifik".
Encik Wong sekarang berada di Rio De Janeiro, Brazil bagi Sidang Puncak G20.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.