PM Wong ucap tahniah kepada Presiden Indonesia Prabowo atas pelantikan dan mandat kuat diraih
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong pada Ahad (20 Okt) mengucapkan tahniah kepada Presiden Indonesia Prabowo Subianto atas pelantikan dan mandat kuat yang diraihnya.
"Mandat kuat yang anda terima daripada rakyat Indonesia mencerminkan kepercayaan mereka terhadap kepimpinan dan visi anda untuk sebuah negara yang aman dan makmur," kata Encik Wong dalam surat tahniah kepada Encik Prabowo.
Encik Wong menghadiri majlis mengangkat sumpah Encik Prabowo pada pagi Ahad dan menelefon Presiden kelapan Indonesia itu pada sebelah petang sebelum menghadiri majlis makan malam negara pada sebelah malam, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan pada Ahad.
“Sebagai rakan dan jiran, Singapura bersedia untuk bekerjasama dengan Indonesia, baik di peringkat dua hala dan serantau,” menurut kenyataan itu.
Dalam surat tahniahnya, Encik Wong juga berkata: "Indonesia yang yakin dan berkembang maju menjadikan ASEAN yang padu dan bertenaga dan membuka banyak peluang untuk kerjasama lebih erat antara negara kita."
Tambah Encik Wong, beliau berharap untuk mengembangkan kerjasama antara Singapura dan Indonesia.
"Kami bermula daripada asas yang kukuh," katanya sambil mengatakan bahawa kedua-dua negara menikmati kerjasama ekonomi yang rapat, dengan aliran perdagangan, pelaburan dan pelancong yang ketara.
"Dengan sokongan anda, hubungan pertahanan telah bertambah erat dengan berkuat kuasanya Perjanjian Kerjasama Pertahanan, yang akan memupuk kerjasama lebih besar dan pembangunan kapasiti antara tentera kita," tambah Encik Wong.
Menurut Encik Wong lagi, terdapat potensi besar bagi Singapura dan Indonesia, untuk bekerjasama dalam banyak bidang lain, dan mencapai hasil yang saling menguntungkan untuk kedua-dua pihak.
"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini kita telah memulakan kerjasama dalam bidang tenaga boleh diperbaharui dan kemampanan, jaminan makanan, pembangunan modal insan dan penjagaan kesihatan, dan saya berharap dapat membawa kerjasama itu ke tahap seterusnya," tambah Encik Wong.
“Cabaran dan peluang masa depan memerlukan kerjasama dan penyelarasan antarabangsa yang lebih rapat.
"Singapura dan Indonesia juga mempunyai kepentingan bersama dalam menjaga keamanan dan kemakmuran serantau, dan mempromosikan perintah berasaskan peraturan," kata Encik Wong.
Encik Wong berkata Indonesia akan terus memainkan peranan penting sebagai pemimpin dan rakan kongsi yang diyakini untuk dialog yang membina dan kerjasama yang saling menguntungkan di tengah-tengah dunia yang semakin berpecah-belah.
"Saya mendoakan anda sentiasa sihat dan mengecap kejayaan semasa anda memegang jawatan tertinggi di Indonesia dan berharap untuk memulakan fasa baharu pembangunan bersama," kata Encik Wong.
SURAT KEPADA ENCIK JOKO WIDODO
Encik Wong juga mengucapkan tahniah kepada Encik Widodo kerana telah menyempurnakan "dua penggal yang sangat berjaya" sebagai presiden ketujuh Indonesia.
"Indonesia telah mencapai kemajuan yang luar biasa di bawah kepimpinan anda yang berwawasan dan mantap.
"Anda telah menerajui tempoh sedekad kestabilan dan pertumbuhan ekonomi yang luar biasa dan dinikmati semua lapisan masyarakat," kata Encik Wong.
Beliau juga menarik perhatian bahawa Indonesia menjadi sebuah ekonomi trilion dolar dan memulakan projek infrastruktur yang bercita-cita tinggi semasa tempoh Encik Widodo memegang jawatan.
Tambah Encik Wong negara itu berada pada kedudukan yang baik untuk mencapai matlamatnya ke arah wawasan Indonesia Emas 2045, yang akan memacu seterusnya pembangunan dan peluang baharu untuk Indonesia.
Encik Wong menulis bahawa beliau berterima kasih atas sokongan tidak berbelah bahagi Encik Widodo bagi "hubungan dua hala kami semasa anda memegang jawatan".
“Kepimpinan anda membuka jalan kepada kedua-dua negara untuk menangani isu-isu yang telah lama berlarutan, terutamanya mengenai ruang udara, kerjasama pertahanan dan ekstradisi.
"Ini telah memberikan kami asas yang kukuh untuk memulakan bidang kerjasama baharu yang akan meletakkan Singapura dan Indonesia di kedudukan baik untuk mengharungi masa depan dengan baik," kata Encik Wong.
Singapura dan Indonesia telah melancarkan inisiatif baharu dalam beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk kerjasama mengenai tenaga boleh diperbaharui, ekonomi digital, penjagaan kesihatan dan pembangunan modal insan, katanya.
Kedua-dua negara jugaberhubungan rapat dan menyokong antara satu sama lain semasa pandemik COVID-19, dan bekerja dengan cepat untuk membuka semula sempadan bagi memudahkan pemulihan dan memastikan keadaan kembali normal, kata Encik Wong.
"Indonesia terus menjadi destinasi menarik bagi perniagaan Singapura untuk melabur dan berkembang, dan kami berharap untuk meningkatkan hubungan antara rakyat dan budaya kami untuk memperdalam kepercayaan dan persefahaman bersama," tambahnya.
Encik Wong juga menekankan kerjasama dua hala di pentas antarabangsa.
Beliau memberi contoh kejayaan Indonesia ketika menjadi Presiden G20 dan Pengerusi ASEAN 2023 yang meletakkan negara itu sebagai "pejuang yang dipercayai untuk mewujudkan kata sepakat dan dialog yang membina".
"Pentadbiran anda juga telah memajukan inisiatif penting seperti Tinjauan ASEAN untuk Indo-Pasifik dan melancarkan rundingan untuk Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN.
"Singapura bersedia untuk bekerjasama dengan pentadbiran seterusnya untuk menggalak usaha yang memajukan kestabilan dan kemakmuran ASEAN dan seterusnya," kata Encik Wong.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.