Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Wong ucap tahniah kepada PM Modi atas kemenangan dalam pilihan raya

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 10 Jun 2024 11:41AM Dikemas Kini : 10 Jun 2024 08:51PM
SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong mengutuskan surat kepada Encik Narendra Modi untuk menyampaikan ucapan tahniah atas pelantikan semulanya sebagai Perdana Menteri India.

Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Isnin (10 Jun).
Encik Modi memenangi pilihan raya umum India, yang berlangsung selama beberapa minggu, pada 4 Jun, dengan Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinannya, meraih majoriti kerusi parlimen secara keseluruhan. Ini sekali gus merupakan penggal ketiganya selaku perdana menteri.

Dalam surat ucap tahniah kepada rakan sejawatannya itu pada Ahad, Encik Wong menarik perhatian bahawa Encik Modi sudah "memacu transformasi luar biasa India dan menaik taraf kehidupan berjuta-juta rakyatnya" sepanjang dekad yang lalu.

"Saya yakin di bawah kepimpinan anda, India akan terus berkembang maju dan makmur," ujar Encik Wong.

Beliau turut menyentuh mengenai Singapura dan India sebagai rakan strategik, yang berkongsi jalinan hubungan yang "muhibah dan berbilang aspek".

"Sedang kami menantikan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik itu tahun depan, kami akan terus bekerjasama untuk memperluas kerjasama kami dalam bidang-bidang baharu seperti pendigitalan, kemahiran dan jagaan kesihatan."

Encik Wong mendoakan kesihatan baik dan kejayaan bagi Encik Modi, sambil menambah bahawa beliau tidak sabar untuk bertemu secara empat mata dengannya sekali lagi dan bekerja bersama-sama untuk memperdalam hubungan itu.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan