PM Wong ucap tahniah kepada Perdana Menteri Jepun Ishiba
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong mengutus surat kepada rakan sejawatannya di Jepun Shigeru Ishiba untuk mengucapkan tahniah atas pelantikannya, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Selasa (1 Okt).
Encik Ishiba, mantan menteri pertahanan Jepun, memenangi pertandingan sengit minggu lalu untuk menerajui Parti Demokratik Liberal (LDP). Parlimen Jepun mengesahkan pelantikan beliau, yang berusia 67 tahun, sebagai perdana menteri pada awal Selasa.
Dalam surat kepada Encik Ishiba pada Selasa, PM Wong berkata bahawa kejayaan itu menggambarkan keyakinan LDP ke atas kepimpinan Encik Ishiba.
PM Wong menyatakan bahawa kedua-dua negara mempunyai hubungan dan kerjasama yang "substantif dan berpanjangan" dalam pelbagai bidang, seperti ekonomi dan pertananan.
"Kerjasama kita berkembang ke bidang baru muncul seperti syarikat permulaan dan inovasi, transformasi hijau dan digital, serta kerjasama keselamatan," kata Encik Wong.
"Kita juga bekerjasama dalam situasi krisis. Semasa pandemik COVID-19, negara kita mengeluarkan kenyataan bersama mengenai daya tahan rantaian bekalan dan memastikan laluan perjalanan penting kekal terbuka."
Encik Wong juga berkata Singapura dan Jepun bekerjasama dengan baik dalam forum serantau dan antarabangsa, dengan kerjasama kedua-dua negara disokong oleh kepercayaan bersama dalam "menegakkan sistem perdagangan berbilang pihak dan menyokong perintah antarabangsa berasaskan peraturan".
"Singapura menghargai sumbangan penting Jepun dalam Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP) dan Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP), serta di Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)."
"Sebagai penyelaras negara untuk hubungan ASEAN-Jepun, Singapura komited sepenuhnya untuk memperdalam kerjasama Jepun dengan ASEAN," kata Encik Wong.
Encik Wong menambah: "Secara peribadi, kami menghargai banyak hubungan yang anda miliki dengan Singapura, yang dipupuk menerusi persahabatan selama bertahun-tahun. Kami masih ingat lawatan anda ke Singapura sebelum ini, dan saya juga ingat saya menjadi tuan rumah kepada anda di Sesi Bertemu Penduduk di kawasan saya pada 2014."
"Saya berharap dapat bekerjasama dengan anda untuk memperdalam lagi hubungan meluas antara kedua-dua negara kita, terutama sekali ketika kita memperingati ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kita pada 2026."
SURAT KEPADA ENCIK KISHIDA
Dalam surat berasingan pada hari Selasa, Encik Wong mengucapkan selamat maju jaya kepada Encik Fumio Kishida apabila beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri Jepun.
Beliau menyatakan bahawa Jepun menjadi lebih kuat, kedua-duanya dari segi peringkat dalam negara serta antarabangsa, di bawah kepimpinan Encik Kishida.
"Anda telah membawa pertumbuhan dalam gaji sebenar, meningkatkan keupayaan keselamatan Jepun, dan meluaskan kerjasama Jepun dengan negara lain," kata Encik Wong.
"Ini termasuk berjaya menjadi tuan rumah Sidang Puncak G7 Hiroshima pada 2023, dan mengukuhkan hubungan ASEAN-Jepun, termasuk melalui peringatan Ulang Tahun ke-50 hubungan ASEAN-Jepun pada 2023."
Hubungan antara Singapura dengan Jepun juga semakin erat di bawah kepimpinan Encik Kishida, kata Encik Wong.
"Singapura berbesar hati dapat menjadi tuan rumah bagi lawatan anda pada 2022 apabila anda menyampaikan Ucaptama di Dialog Shangri-La."
"Kita mengadakan perbincangan yang membuahkan hasil semasa lawatan saya ke Jepun pada Mei 2023, dan melalui telefon selepas perasmian saya pada Mei tahun ini," katanya.
Kedua-dua negara juga meningkatkan kerjasama dua hala sejak tiga tahun lalu, seperti ekonomi, syarikat baharu, pendigitalan, transformasi hijau dan pertahanan.
Ketika Singapura dan Jepun meraikan 60 tahun hubungan diplomatik pada 2026, Encik Wong berkata beliau mengharapkan sokongan berterusan Encik Kishida sambil mereka mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.
Beliau mengharapkan yang terbaik untuk Encik Ishiba dan Encik Kishida dan berharap dapat bertemu mereka semula tidak lama lagi.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.